KEBIJAKAN PERDANA MENTERI PAKISTAN




Oleh : Anasz*

Putera Mahkota Arab Saudi memulakan lawatan beliau ke Pakistan hari ini.

Kehadiran beliau ke Pakistan turut membawa bersama perjanjian ekonomi yang bernilai US$ 20 Bilion.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terus menggunapakai polisi dasar luar Pakistan yang ditinggalkan oleh Nawaz Sharif dan Perdana Menteri Iterim (Shahid Khaqan Abbasi).

Ternyata Perdana Menteri Pakistan ini bijak dan tidak terlalu mengikut emosi untuk "membaharukan" kesemua benda. Kepintaran Imran Khan berdiplomasi dan berpolitik memberikan kelebihan kepada Pakistan amnya, dan rakyat Pakistan khasnya untuk mendapat peluang-peluang pengembangan ekonomi di negara berkenaan.

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Cukuplah kami nyatakan, keceluparan dan kebodohan sesetengah pihak yang konon mahu "tunjuk pandai" dalam merangka strategi hubungan antarabangsa, telah membuahkan hasil misalnya China membatalkan pembelian minyak sawit Malaysia, sekaligus menyebabkan harga minyak sawit Malaysia menjunam.

Paling menarik, kami mendengar khabar bahawa Perdana Menteri akan ke China untuk berbincang mengenai inisiatif OBOR CHINA (One Belt One Road) yang sudah dimuktamadkan oleh kerajaan terdahulu dan dalam masa yang sama , menjadi bahan cercaan beliau suatu ketika dahulu.

* Artikel ini telah disiarkan pada 18 Februari 2019 yang lalu.
* Penulis merupakan penyelidik bebas yang mempunyai kelulusan sarjana dalam analisis strategi dan keselamatan dari UKM

Post a Comment

0 Comments