POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

WISMA PUTRA GAGAL FAHAMI GEOPOLITIK TIMUR TENGAH


Oleh : Anasz*

Aku rasa ramai orang tak faham geopolitik di Timur Tengah. Hatta yang duduk di Wisma Putra. Yelah, sebab Menterinya sendiri seorang yang emosi manakala timbalannya pula seorang penipu kelulusan.

Orang awam, ramai yang sangka Qatar tu baik, walhal perangai mereka lebih kurang sama dengan Singapura. Apa pandangan korang bila ada orang luar dari region korang yang puji Singapura tu baik, bersih dan bebas. Mesti korang akan pandang semacam kan?

Begitu jugalah pandangan pemerintah Arab Saudi, UAE, Bahrain hatta Mesir melihat tindakan Tun M yang nampak begitu kagum dengan Qatar. Bagi mereka, Tun M tidak mengetahui topeng sebenar Qatar.

Adapun dalam isu Turki, negara Arab melihat pemerintah Turki sekadar seorang yang populis. Lebih banyak mempotretkan dirinya sebagai pejuang Islam, walaupun Erdogan pada hakikatnya adalah seorang pemerintah yang mempunyai masalah dalaman di negaranya. Anaknya sendiri didakwa terlibat dalam aktivi penggubalan wang haram. Rujuk : https://anca.org/erdogans-son-investigated-in-italy/)

Malah, Erdogan sendiri melantik anak menantunya menjadi Menteri Kewangan (Rujuk : https://www.bbc.com/news/world-europe-44774316)

Apa-apa pun, apa yang terjadi pada hari ini adalah satu yang amat-amat memalukan bagi Malaysia, apabila hampir 50 ketua negara dijemput, kurang daripada 5 yang akan hadir.

Malah tidak diketahui adakah jiran terdekat Malaysia, seperti pemerintah Brunei & Indonesia akan menghadiri sidang kemuncak "Syok Sendiri" ini.

Baca laporan sebelumnya : KL Summit 2019 Adalah Persidangan Yang Gagal Dan Syok Sendiri 

*Penulis merupakan graduan dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM


POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.