Oleh : Jebat
Siapa yang ikut kes ini korang akan ingat kronologi "pembunuhan Al-Tantuya" karangan Pakatan DAP suatu ketika dahulu.
1. Awal-awal depa kata Razak Baginda, Kawan Baik Najib Razak yang bunuh Altantuya.
2. Lepas tu kita dengar Rosmah Mansor arahkan Sirul dan Azhar pi bunuh Altantuya, kononnya Najib Razak ada skandal seks dengan Altantuya.
3. Selepas itu, tah camna, kita dengar berita yang Rosmah Mansor sendiri pulak yang pi bunuh Altantuya di sebuah kawasan di Puncak Alam, Selangor. Tak percaya? Cuba dengar penjelasan Zulkifli Noordin, bekas orang kuat PKR :
4. Sebelum tu PI bala pun ada buat Surat bersumpah yang serupa. Lepas tu tah kemana dia menghilang diri.
5. Selepas tu kecoh katanya yang bekas IGP, Musa Hassan kononnya sorok bukti pembunuhan Altantuya. Sampai orang tua tu kena buat press conference. Malah dalam press conference berkenaan beliau menyatakan tidak ada bukti Najib terlibat. Rujuk video dibawah:
6. Dan pada 19 Julai 2018, IGP mengatakan siasatan terhadap kes Altantuya sudah pun selesai dan kertas siasatan telah dihantar kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Namun sampai sekarang tak ada sebarang tindakan oleh AG. Kenapa? Rujuk : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/07/19/kes-altantuya-selesai
7. Malah pada 11 Oktober tahun lepas. Najib sendiri mengarahkan pembantunya membuat laporan Polis bagi meminta PDRM mengadakan siasatan / membuka semula kes pembunuhan Altantuya. Rujuk : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/484950/najib-minta-pembantu-buat-laporan-polis-terhadap-dirinya
8. Lepas tu, diam tak diam. Menjelang PRK Kimanis di Sabah, secara tiba-tiba si Azilah yang menanti hari nak kena gantung, secara tiba-tiba keluarkan akuan bersumpah yang katanya Najib Razak yang bagi arahan membunuh.
9. Sedangkan sehingga hari ini, Sirul (rakan sekerja Azilah) yang kini berada di Australia, tidak menarik balik sumpah berkenaan. Dan Pakatan Harapan pun nampaknya macam tak ada sebarang usaha nak bawak balik Sirul ke Malaysia jer. Kenapa?
10. Aku tak nak la katakan ini konspirasi. Cuma masalahnya, kes ni dah selesai di mahkamah paling tinggi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Dan aku pelik, apasal pula baru sekarang ni nak keluarkan kenyataan bersumpah? Sedangkan sepatutnya dia keluarkan lebih awal.
11. Aku tak nampak sebarang justifikasi kepada SD yang dikeluarkan ini, sebab ini bukanlah akuan bersumpah yang pertama kali mensabitkan Najib Razak dengan Altantuya. Malah ini adalah kali ke 2 selepas P.I Bala.
12. Cuma apa yang aku lihat, ini semua permainan pihak disana untuk mengalihkan mata rakyat terhadap isu ekonomi Malaysia yang semakin merudum sejak PH berkuasa.
13. Dan skrip ini persis skrip tatkala tahun 1997/98, dimana kaedah terbaik melupakan rakyat dengan isu ekonomi adalah dengan cara membawa cerita lain.
14. Apa-apa pun, aku berharap kesemua pihak yang memainkan catur ini berhati-hati dalam menggerakkan buah catur anda. Takut nanti kena checkmate lain plak.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.