[DOWNLOAD] LAPORAN TAHUNAN ETP & GTP 2012



GTP diwujudkan berasaskan keprihatinan rakyat tentang beberapa isu utama yang melanda negara. Sebagai sebuah pelan hala tuju yang mensasarkan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, tumpuan GTP adalah untuk mempercepat penyampaian hasil-hasil ketara yang dapat dirasai dan dialami oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Terdapat 6 Tonggak atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP berdasarkan perhatian rakyat yang paling mendesak, iaitu :

1. Mengurangkan Jenayah
2. Membanteras Rasuah
3. Mempertingkat Pencapaian Pelajar
4. Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
5. Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
6. Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar

==================================================================




ETP ialah program Tranformasi Ekonomi negara yang dirancang baru2 ini bagi menstabilkan kembali ekonomi seterusnya membuka peluang sektor pekerjaan yang lebih banyak.

Pelaburan itu memberi impak kepada pendapatan negara (GNI) sebanyak RM18.67 bilion dan akan mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan menjelang 2020.

Ini menjadikan kesemua 15 inisiatif yang terangkum dalam tujuh bidang ekonomi utara (NKEA) dengan pelaburan rm 63.38 bilion dan GNI sebanyak RM66.13 bilion mewujudkan 65,000  pekerjaan.(utusan melayu,14/6/2011).

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ini semua perancangan negara asas kepada usaha memacu kemajuan negara seiring setanding dengan negara maju yang lain. ini bagi membolehkan Malaysia mencapai tajap sasaran wawasan 2020 yang diimpikan.

Antara inisiatif baharu program transformasi ekonomi ialah sektor pendidikan, perubatan, pertanian, komunikasi dan prasarana, borong dan runcit dan program Pencapaian Kemapanan Kecekapan Tenaga(SAVE) dan banyak lagi.

Post a Comment

0 Comments