[PANAS] LINGKUP!!! PEMBUKTI TARIK BALIK TUDUHAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM!!!


SIDANG MEDIA TERBUKA DI SEBUAH APARTMENT DI TINGKAT 28 1/3, DEKAT TAMAN MELAWATI, GOMBAK. MALAM INI.

Salam Sejahtera.

1. Saya Omega SA sesungguhnya percaya anak saya Omega Anwar telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Casio , Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH JAM HILANG yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Omega Anwar.

3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Swatch bin G-Shock bersama Rolex Tag Hever.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.

8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pekedai jam langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Swatch bin G-Shock. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Swiss dan Kristian, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Jam dan Penjual hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Jam Tangan dan Rakyat Jam yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Tuhan merestui perjuangan ini.

12. Marilah kita juga doakan agar Tuhan menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Jam untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian.

Yang Benar,
………………………………
(OMEGA SA TISSOT)







Kepada pejuang-pejuang di Sabah, kami rakyat Malaysia mengucapkan :


Post a Comment

0 Comments