ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 29 April 2013

PRU 13 : ANWAR YAKIN BN PERTAHAN SABAH

Oleh : Beruang Biru

Sabah dikejutkan dengan tragedi pencerobohan Lahad Datu, namun itu bukan satu alasan bagi rakyat Sabah menolak kepimpinan BN. Kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah terjamin. Kerahan anggota keselamatan dan mereka yang mempunyai nilai peri kemanusiaan dapat memulihkan keadaan di Negeri di Bawah Bayu itu. 

Rakyat Sabah nampaknya masih setia dengan kerajaan pimpinan Najib dengan reaksi yang posotif diterima PM di setiap lawatan beliau. Lawatan kedua PM dalam tempoh 2 minggu ke Sabah beri isyarat yang Barisan Nasional tekad mempertahankan Sabah. Ini menunjukkan bahawa PM bersungguh-sungguh memastikan Sabah masih kekal dipelihara di bawah kerajaan BN. 

Antaranya dengan melancarkan Manifesto khusus untuk negeri yang berkaitan termasuk Sabah. Tersebut adalah langkah dan usaha dalam melestarikan dan mensejahterakan kehidupan rakyat sejagat. Dalam lawatan ke dua PM ke Sabah, Najib berkata, "Kami telah tunaikan. Lebih banyak lagi akan dilaksanakan". 

Tema Manifesto tambahan BN Sabah menggariskan 16 komponen penting meliputi setiap golongan, kaum dan lapisan masyarakat Sabah. Antaranya ialah BN akan meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi. 

Turut menyediakan pembangunan untuk rakyat sehingga melebihi 20% sumber daripada perolehan minyak dan gas Sabah dan Sarawak. Memikirkan masa depan Sabah dan Sarawak, kerajaan akan membina Lebuhraya Pan Borneo bagi memastikan perkembangan negeri yang lebih produktif. 

Salah satu punca Parti Tempatan tolak Pakatan Rakyat di Sabah oleh kerana gagal dapat persetujuan di dalam pembahagian kerusi. Kesimpulannya, BN lebih tersusun dan sistematik dalam memastikan segalanya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute