ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 20 April 2013

PRU 13 : JADIKAN MASJID TAPAK PERPADUAN - USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA


Oleh : Abdul Karim

Arau, 20 April 2013 : Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri N.15 Sanglang, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya menyeru kesemua petugas dan penyokong kedua-dua belah pihak, BN dan PAS, menjadikan masjid-masjid di seluruh daerah Sanglang sebagai gelanggang perpaduan.

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak mengajar kita untuk berpecah belah. Jika kita berpecah belah diluar, maka saya menyeru, jadikanlah masjid-masjid di daerah Sanglang ini sebagai tapak asas kepada perpaduan dikalangan UMNO dan PAS." ujarnya sejurus penamaan calon selesai.

Tambah beliau lagi, apabila timbul sesuatu permasalahan yang melibatkan kepentingan ummah, maka seharusnya umat Islam duduk berbincang bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan dan bukannya mengadu domba.

Beliau turut menasihatkan jentera BN dan PAS agar tidak meninggalkan solat walaupun sibuk menguruskan perjalanan kempen sepanjang pilihanraya berlansung.

"Saya berharap agar baik penyokong BN mahupun PAS dapat bersolat berjama'ah bersama-sama di dalam satu masjid setiap kali masuknya waktu solat." katanya.

Dalam pilihanraya ke 13 kali ini, Ustaz Fathul Bari akan ditentang oleh calon PAS, Mohd Shukri Bin Ramli.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute