GAGAL DI PENDANG, SYIAH MULA NAK RAPAT DENGAN PUTRAJAYA.

Oleh : Jebat

Musibah!!! Musibah!!! Musibah!!!

Ini adalah satu malapetaka yang paling besar di Malaysia apabila seorang negarawan boleh bersama-sama dengan mantan presiden negara pengkafir sahabat nabi telah mula masuk dan merapati bekas pemimpin tertinggi Malaysia.

Terbaru, pada 22 May 2013, satu program telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dengan nama "Media Conference On A Joint Appeal To Sunni And Shi'a Muslims by Tun Dr. Mahathir Mohamad (Former Malaysian Prime Minister and Sayyid Muhammad Khatami (Former Iranian President)"

Kami secara keras lagi tegas menolak segala rayuan yang dibaca dan dibicarakan oleh Tun Dr. Mahathir dengan Khatami mengenai 'perdamaian SYIAH dan SUNNI'.

Ini kerana SYIAH dan SUNNI tidak akan boleh berdamai dan tidak akan berdamai selagi mana SYIAH terus dengan MAZHAB SYIAHNYA dan berterusan mempertahankan AQIDAH SYIAHNYA.


Kami juga menolak suara dan saranan International Movement for a JUST World!!! Ini kerana organisasi berkenaan tidak mempunyai autoriti dalam mengeluarkan pandangan dan saranan yang melibatkan soal-soal kepentingan dan keselamatan Aqidah orang Islam. Malahan organisasi berkenaan itu juga tidak mempunyai sebarang ahli yang mempunyai kepakaran dalam soal-soal aqidah. Maka dengan itu amatlah janggal bilamana soal aqidah dibicarakan oleh mereka yang bukan ahlinya.

Dari itu kami menggesa Tun Dr. Mahathir dan JUST menarik balik kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 22 May 2013 yang lalu. Serahkan urusan ini kepada mereka yang ahlinya, dan hormatilah keputusan Jabatan Kemajuan ISLAM Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di seluruh Malaysia yang mewartakan SYIAH SEBAGAI SATU ALIRAN YANG SESAT!!!
 

Post a Comment

2 Comments

  1. Teruskan penerangan bahaya syiah kpd org awam. Terima kasih atas jasa baik Tuan.

    ReplyDelete
  2. Teruskan penerangan bahaya syiah kpd org awam. Terima kasih atas jasa baik Tuan.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.