ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 18 May 2013

MEDIA PRIMA DAH TUTUP AKAUN TABUNG WIRA LAHAD DATU. PAS BILA PULA?


Oleh : Jebat

Pada 1 Mac 2013 yang lalu, Media Prima telah melancarkan satu tabung bagi mengumpul derma orang awam untuk disumbangkan kepada kaum keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas kiram di Lahad Datu.

Tabung yang diberikan nama "Tabung Wira Lahad Datu Media Prima" ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan rakyat Malaysia. Sehingga 22 April 2013 yang lalu, jumlah kutipan yang dipungut oleh Tabung Wira Lahad Datu ini berjumlah RM 5.5 Juta.

Kini sampailah saatnya Tabung Wira Lahad Datu ditutup. Tanggal 17 Mei 2013, maka berakhirlah sudah proses mengumpulkan wang yang didermakan oleh orang ramai seliaan Media Prima. Kesemua wang berkenaan akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad bagi tujuan pengagihan dan pengurusan dana berkenaan.

Namun kami nak tanya juga, apa cerita dengan duit Tabung Perajurit Lahad Datu yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat? Dah masuk bulan Mei, masih tidak dengar sebarang berita mengenai jumlah wang yang terkumpul dari tabung berkenaan. 

Adakah TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU anjuran DEWAN PEMUDA PAS akan menjadi seperti episod DUIT TABUNG MEMALI?

Kita tunggu dan lihat!!!

2 comments:

  1. Salam...

    sekali lagi sy mohon kita create FB ..dan buat tuntutan agar PAS

    1. isthiharkan berapa duit LD
    2. Berapa dan kemana pergi duit kutipan ceramah.

    ReplyDelete
  2. Permintaan anda dilaksanakan

    https://www.facebook.com/GerakanTabungPerajuritLahadDatu

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute