ORANG TANYA KAT AZHAR IDRUS... YANG SI SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN MENYIBUK NAK MENJAWAB APA KES?? KO BINI AZHAR IDRUS KE?


Oleh : Jebat

Kecoh benar dengan isu Azhar Idrus menikah buat kali ke 3. Bagi aku, tak ada masalah pun dia menikah seberapa banyak yang dia mahukan, sebab itu memang hak dia.

Namun menariknya, apabila timbul soalan berbangkit dari kalangan orang awam yang mempertikaikan majlis perkahwinan yang melibatkan seorang 'ustaz' lawak popular di Malaysia. Antara persoalan yang dibangkitkan adalah seperti dibawah.

Sejurus soalan ini tersebar di ruangan maya, maka pentaksub Azhar Idrus mulalah bertungkus lumus menjawab persoalan yang dibangkitkan. Antaranya seperti yang dibawah ini, yang mengaku kononnya diri beliau merupakan sepupu kepada pengantin perempuan berkenaan.

Namun disini menariknya, kesemua soalan berkenaan tidak dijawab berdasarkan dalil yang sempurna, sebaliknya hanya alasan bagi membenarkan perbuatan mereka. 

Melihat soalan dari penannya dan jawapan dari sepupu pengantin perempuan berkenaan, ada keserabutan jawapan yang diberikan oleh sepupu pengantin perempuan berkenaan. Berikut adalah pecahan soalan dan jawapan dan persoalan yang kami bangkitkan bagi mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh 'Sepupu Pengantin Perempuan' berkenaan. 

1. ISU MAKAN BERADAB

SOALAN YANG DITANYA OLEH PENYOAL

JAWAPAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN

PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN OLEH JEBAT :

Ooo.... Kerana kehendak manusia, maka ajaran ISLAM boleh dikebelakangkan? Sejak bila pula ISLAM mendahulukan pendapat manusia dari ketetapan syarak? Jika Azhar Idrus seorang yang konsisten dan istiqamah dalam beragama, takkanlah dia tak boleh menyatakan ketidak mahuan beliau untuk makan berhidang? Apa kejadah bergelar 'RAJA SEHARI' kalau kena mengikut perintah KELUARGA pengantin? Lebih-lebih lagi dia seorang USTAZ. Takkanlah tak mampu nak mempersoalkan kewajaran perbuatan ini? Jika boleh mengkritik orang lain secara terbuka, takkan tak berani kritik keluarga bapa mertuanya? Namun isu utama sekarang ini, adakah benda ini sunnah? Kalau sunnah, mana dalilnya? Kalau nak membenarkan perbuatan ini, mana dalilnya? Hatta perkahwinan pertama sekalipun, seharusnya tidak wujud istilah 'KEHENDAK KELUARGA' sebab 'KEHENDAK ISLAM' perlu didahulukan. Jika semua beralasan sedemikian, maka apa gunanya hukum yang ditetapkan? Jadi kemana pula istilah "BERHUKUMLAH DENGAN HUKUM ALLAH" dan "SESIAPA YANG TAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH MAKA DIA ADALAH KAFIR". Tapi macam mana plak dengan video kat bawah ni?


2. ISU MAKEUP DAN BERNIQAB.

SOALAN YANG DITANYA OLEH PENYOAL

JAWAPAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN


PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN OLEH JEBAT :

Tidak menjadi masalah kepada pengantin perempuan untuk berdandan untuk suaminya kerana ianya adalah sebahagian daripada sunnah. Namun persoalannya sekarang ini adalah, dia makeup untuk siapa? Untuk suaminya atau untuk majlis perkahwinannya yang pasti akan dihadiri oleh kaum lelaki dan perempuan. Dan kami juga nak bertanya, untuk apa kening dibentuk semula menggunakan teknik makeup? Apa kening yang ALLAH berikan dah tak cukup sempurna sampai perlu dicantikkan sekali lagi? Jika nak merapikan kening sekalipun, biarlah ianya dilakukan di dalam rumah tanpa perlu diperagakan kepada orang ramai melalui makan beradab. (Disini dapat ditekankan peri pentingnya untuk tidak mengadakan majlis makan beradab di hadapan tetamu)

Mengenai niqab, memang ada dikalangan ulama yang berselisih pendapat mengenai perkara ini, namun kami nak bertanya kepada Azhar Idrus kenapa perkataan yang kamu ucapkan, kamu tak laksanakan? Kenapa tak boleh suruh jer bini muda kamu berniqab terus (tak payah transparent)? Apa masalah bini kamu tu? Jika orang lain kamu boleh suruh berubah dengan cepat, kenapa kamu tak boleh keluarkan arahan yang sama pada bini muda kamu? Kenapa wujud bias disitu? Selain itu, beranikah kamu nak mengatakan bini kamu tak lawa macam dalam video kamu dibawah ini?



3. ISU BERKAHWIN ISTERI YANG MASIH DARA.

SOALAN YANG DITANYA OLEH PENYOAL

JAWAPAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN

Tidak ada jawapan yang diberikan.

PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN OLEH JEBAT :

Nampaknya dalam bab ini, si Sepupu Pengantin Perempuan tidak menjawab soalan yang dibangkitkan oleh penyoal. Sebaliknya berpusing-pusing tah apa yang nak dijelaskan. Memang benar jodoh pertemuan di tangan ALLAH, tetapi bagaimana pula dengan 'PESANAN KHAS' Azhar Idrus kepada yang nak berpoligami supaya mencari janda atau perempuan-perempuan yang susah? Adakah wanita yang dikahwininya ini adalah wanita yang dari kelompok keluarga susah? Sebab berdasarkan penjelasan sepupu pengantin perempuan, yang mahu mengadakan majlis makan beradab adalam permintaan keluarga perempuan itu sendiri. Dan bukannya Azhar Idrus (Sepertimana dakwaan sepupu berkenaan).

4. ISU PERKAHWINAN GRAND.

SOALAN YANG DITANYA OLEH PENYOAL

JAWAPAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN




PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN OLEH JEBAT :

Adakah perkahwinan grand itu dilihat pada kad jemputan semata-mata? Kalau macam tu, Perdana Menteri hantar surat jemputan pun dikira sebagai satu majlis yang tak grand lah kan? Kalau berasaskan kepada 'Kertas Fotostat' yang diangkat sebagai hujjah. Toksah nak menipu lah... Yang kerusi dia duduk tu kerusi rumah ke? Kain yang dipakai oleh pengantin perempuan tu berapa kosnya? Sewa cawan, garfu, alas meja, dan segala macam aksesori tu semua tu datang dengan percuma ke? Janganlah cari alasan yang bodoh sangat... Macam laa kita tak tahu semua tu dipinjam... Dan kalau dipinjam, pastilah dibayar. Melainkan yang peminjam tu kasi free...Lain cerita lah (Dalam bab ni, sepupu pengantin perempuan tak kata pula semua benda yang dipakai dalam majlis makan beradab tu di sponsor)

Apa pun yang benar-benar memelikkan kami ialah, penyoal bertanyakan soalan ini kepada AZHAR IDRUS, maka seharusnya AZHAR IDRUS yang menjawab soalan ini, dan bukannya sepupu pengantin perempuan. Apa sepupu pengantin perempuan tu pun namanya AZHAR IDRUS ke? Jadilah macam UFB... Tatkala perkahwinannya di fitnah dan dicaci oleh puak-puak pengikut Pakatan, BELIAU SENDIRI MENJAWAB isu yang dibangkitkan, tanpa memerlukan pihak ketiga menjawab segala isu.

So kepada AZHAR IDRUS, gunakanlah laman SOSIAL KAMU seperti FB untuk menjawab soalan. Bukan susah pun... Taip jer. Jawab secara bodoh pun cukup... Sekurang-kurangnya kamu yang menjawab, bukan orang lain.

Kepada AZHAR IDRUS, apa-apapun kami nak mengucapkan 'Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair." kepada kamu. Semoga akan lahir zuriat dikalangan keluarga kamu yang benar-benar memperjuangkan ISLAM berlandaskan Al-Quran dan Hadis berteraskan Manhaj ISLAM yang tulen.

Post a Comment

5 Comments

  1. Dalam soal makan beradap, gua rasa Zulfahmi pelumba moto3 Malaysia lebih berilmu dan ada pendirian iaitu sewaktu meraikan majlis kemenangan nya dipodium dengan menggunakan arak..beliau terus turun daripada Podium dan memaklumkan bahawa agama islam tak membenarkan meraikan kemenangan sebegitu rupa..walaupun umurnya masih muda tetapi gua tabik diatas pendirian beliau..

    ReplyDelete
  2. apala admin ni xpaham.dia menjwp sbb dia PROMO nk jd calon no 4 da..hhahahahaahahahahahaahahaha

    ReplyDelete
  3. tabik spring untuk pelumba negara zulfahmi. iman seseorang bukan dinilai dari pakaian semata2.
    buragas awai pandai ye he he

    ReplyDelete
  4. sepupu isteri ke 3 ostad haramjdh munapik tu teringin nk calonkan diri ukt jd yg ke 4..maklum le dpt otsad pelawok kaye plak tu..

    sbrnya bg pencacai PAS yg xphm.. xde sape nk kisah ostad natang mekdi ni nak kawin full-pack mcm Salleh Yaacob tu.. krn ia HALAL dan SUNNAH.. selagi mampu semuanya.

    Yg dipertikaikan dn jd sendaan org ialah sikap Azhar Natang ni. cuba tgk ceramah2nya.. suka kutuk dan bodohkan org. xde akhlak xde adab, keras menghukum org dgn bhase kasar dia.. tp dia sndiri pn xikut.. munapik namanya!..

    lain kali jg adab.. jgn celupar..br org hormat. nk cari makan pun carilah jgn hina org lain..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.