ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 1 May 2013

PRU 13 : DIA TIPU I - JANICE LEE

Oleh : Beruang Biru

Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.  

Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.   

Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Janice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP.  Alasan DAP menggugurkan nama Janice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Janice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk  bertanding bebas.  

Alasan Janice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.     

Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Janice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.  

Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Janice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.  

Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Janice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Janice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.  

Kata Jenice, beliau tidak pernah menyalahguna wang atau kuasa ketika menjalankan tugasnya dan beliau percaya bahawa tidak mustahil tindakan DAP menggugurkan dan kemudian memecatnya adalah berpunca dari kesungguhannya membela rakyat kawasannya tanpa mengira kaum.  

Menurut Janice, beliau agak lantang dalam memperjuangkan suara kaum India di kawasannya dan itu mungkin merupakan pencetus perasaan tidak senang kepimpinan terhadap dirinya. Malah, Janice juga tidak ragu-ragu untuk mempersoalkan isu pemilihan CEC dan cara DAP menanganinya dengan ROS.  

Beliau mengingatkan kepimpinan DAP agar membersihkan diri dahulu sebelum menuduh orang lain.  

Kita hormati pendirian Janice dan amat berharap agar mempunyai pembangkang yang matang dan rasional seperti beliau untuk sama-sama memakmurkan negara ini. Malangnya, orang seperti Janice tidak boleh bertahan lama dalam parti pembangkang yang sedia ada kerana parti pembangkang di Malaysia tidak suka kepada perwatakan pemimpin yang matang, bersih dan lantang.  

Parti PKR dikuasai oleh keluarga Anwar yang turut berpegang kepada pendekatan yang sama iaitu kuku besi sehingga habis lintang pukang jadinya pemilihan parti dan pencalonan kerusi. Parti PAS pula dikuasai oleh pendita-pendita yang ketinggalan di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.  

Manakala DAP, seperti yang baru disedari oleh Janice, adalah parti keluarga Lim yang bertaraf tokong yang membawa semangat keCinaan yang amat kuat sehingga menolak apa saja yang berbaur perpaduan kaum. Ini adalah hakikat yang telah pun diketahui umum sejak azali lagi. Justeru, kita agak hairan juga kenapa Janice mengambil masa yang agak lama untuk menyedarinya.  

Apapun, nasib baiklah nama Janice digugurkan, kalau tidak tentu beliau masih lagi melihat DAP sebagai parti yang sempurna.

1 comment:


  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute