ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 24 June 2013

[VIDEO] BILA 'CIKGU DISIPLIN' NAIK ANGIN DENGAN PELAJAR BERUKOUT 505 ADAM ADLI

Oleh : RPM / AntaraPos

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2013 : Sesi mengangkat sumpah ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini dicemari dengan tunjuk perasaan hampir 200 penyokong pembangkang yang menuntut supaya pilihan raya diadakan semula.

Rata-rata mereka terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Mereka  berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas  sesak di Jalan Parlimen.

Sebahagian daripada mereka juga adalah kumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis yang berkawal di Jalan Parlimen dan meneruskan protes dengan berbaring di atas jalan raya sejak jam 10 pagi ini.

Mereka bersorak "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" sambil membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.

Peserta juga dilihat membawa kain rentang yang antaranya tertulis "Dakwat kekal selamanya; kuasa rakyat lawan korupsi; I'm a man on a mission, so please resign; dan tipu pilihan raya. Rakyat bangkit humban kamu."

"Tiga tuntutan pdgMerbok622: 1. Mendesak Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli panel SPR meletak jawatan 2.Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihan raya semula 3. menuntut agar dihentikan proses persempadanan semula sehingga ahli SPR baru dilantik."

Sedikit kekecohan berlaku apabila kumpulan ini cuba merempuh sekatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Beberapa orang anggota polis turut tercedera ketika menghalang para peserta demonstrasi dari mara ke Parlimen.

Polis kemudiannya menahan aktivis siswa Mohd Safwan Anang.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimpunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Shukri Razab dan Adam Adli Abd Halim.

Difahamkan semua yang ditahan dipercayai di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beberapa pemimpin pembangkang sebelum masuk ke pekarangan bangunan Parlimen untuk upacara angkat sumpah jawatan anggota Parlimen turut bertemu dengan peserta, antaranya Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Tepat jam 12 tengahari, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kemudian mewakili anggota Parlimen menerima penyerahan memorandum daripada kumpulan itu.

"Memorandum yang disampaikan pada saya pagi ini, kita akan sampaikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) supaya adakan pilihan raya bersih, dan rombakan SPR.

"Saya selaku wakil MP Pakatan Rakyat (PR) terima memorandum ini dan akan bawa ke sidang Parlimen," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui mengesahkan beberapa aktivis ditahan.

Katanya, pihak polis berjaya mengawal rapi laluan masuk ke bangunan Parlimen dengan kehadiran 150 anggota polis, polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik yang ditempatkan di kawasan itu bagi menjamin lalu lintas dan ketenteraman awam dalam keadaan terkawal. 

Komen PM : Barua-barua himpunan BerukOUT 505 yang nampaknya memang spesis BERUK tak boleh diajar. Tah sapa laaa mak bapak dorang... Mana pergi mak bapak dorang ni sampai anak kurang ajar sangat?? Tapi takpe lah.... Kalau KELUARGA GAGAL ambil peranan, biarlah orang lain tolong ajarkan. Cuma kalau lebam-lebam tu, sendiri fahamlaaa...

2 comments:

  1. it is applier. This bind was written with individual-furtherance in judgement
    is that the URL of a period of time. decent a successful unit.
    So preserve the chaos for your vessel accomplishment, muscular tissue
    wish ameliorate change your textile commerce endeavors if you system on merchandising jewelry can be a veridical enticement Worldcup Jerseys 2014 World Cup Jerseys Cheap world cup jerseys use
    this tip to travel appeal. There are whatsoever ideas you well-educated Hera so that you are trustworthy, and he should be on at that place, or that you can nearly defense mechanism strategies and
    techniques with one leg! exploitation fair one have of YouTube can avail
    to betroth and

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute