ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 July 2013

DEWAN PEMUDA PAS CAKAP, DEPA DAH SERAHKAN DUIT DAN DAH TUTUP AKAUN KUTIP DERMA TABUNG LAHAD DATU...KATA DEPA LAAA

Oleh : Jebat

Setelah mendiamkan diri berbulan-bulan apabila ditanya mengenai isu kutipan derma Tabung Perajurit Insiden Lahad Datu,  akhirnya malam semalam, seorang rakan PM telah menghantar mesej di wall kami mengenai 'kenyataan terbaru' dari Dewan Pemuda PAS memaklumkan mengenai status tabung berkenaan. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat ;



TABUNG LAHAD DATU TELAH BERJAYA DIAGIHKAN KEPADA KELUARGA MANGSA
(4 Julai 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya mengagihkan duit hasil sumbangan dan derma orang ramai dalam Tragedi di Lahad Datu, Sabah dua bulan lepas kepada pihak yang berkaitan. Tabung ini yang dinamakan Tabung mangsa Lahad Datu digerakkan bermula pada 1 Mac 2013 setelah beberapa hari insiden keganasan di Lahad Datu.

Ia bertujuan membantu mangsa kekejaman pengganas Sulu yang terdiri daripada keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika bertugas disamping memberi sumbangan kepada keluarga mangsa yang terjejas kehidupan mereka di Lahad Datu, Sabah.

Tabung ini telah ditutup pada 30 Jun 2013 iaitu setelah genap tiga bulan tabung ini digerakkan ke seluruh negara, dan setelah insiden keganasan ini tamat dengan kejayaan pasukan keselamatan mengawal keadaan.

Hasilnya, DPPM berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 25,634.18. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 16,000.00 berjaya diagihkan kepada balu dan keluarga pejuang negara seramai 9 orang yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.

DPPM juga telah menyerahkan pelbagai bantuan termasuk makanan, pakaian dan sebuah frozen untuk menyimpan makanan segar yang berharga RM 2,000.00 dan ianya telah diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) semasa misi kemanusiaan DPPM ke Lahat Datu yang diketuai oleh Ketua DPPM sendiri pada 26 Mac 2013.

Baki daripada akuan sebanyak RM 9,634.18 pula akan diagihkan menjelang Ramadhan tahun ini kepada kesemua keluarga terbabit.

DPPM mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyumbang yang budiman dan mendoakan semoga semua pihak yang terbabit menghulurkan sumbangan agar dilimpahi dengan rahmat dan keberkatan dalam hidup. DPPM juga mengharapkan sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban keluarga wira negara yang terkorban.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha DPPM

Kenyataan Balas Pena Minang

Sebelum kami menerima penjelasan yang 'dikeluarkan' oleh Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, terdapat beberapa kepelikkan dalam 'kenyataan' berkenaan. Berikut kami bangkitkan 'kepelikkan fizikal' pada kenyataan berkenaan.

1. Kenapa kenyataan ini keluar pada jam lebih kurang 3.00 pagi hari ini? (Dikira berdasarkan kelewatan kami membaca 'comment' yang di 'paste'kan di wall kami) Sedangkan isu ini telah kami bangkitkan hampir beberapa bulan sebelum ini. Apa masalah yang berlaku dalam Dewan Pemuda PAS Pusat sehingga lembab menjawab persoalan yang dibangkitkan?

2. Dan lebih memelikkan, dalam isu yang melibatkan hal ehwal nasional, kenapa pula tidak dimaklumkan melalui siaran media di Laman Web Rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat, di Harakah ataupun di laman Web rasmi Parti PAS? Kenapa hanya di Facebook Wall, itu pun dalam ruangan komen di wall kami. 

3. Setelah kami melakukan re-check diatas penama yang dikatakan menjawat jawatan sebagai Setiausaha DPPM ini, di ruang facebook dan laman web penama berkenaan yang dikatakan menjawat jawatan dalam Dewan Pemuda PAS ini juga tidak ada sebarang 'posting' mengenai kenyataan terbaru mengenai status tabung Lahad Datu!!!

4. Individu yang mem'paste'kan kenyataan berkenaan, Mohd Ridzuan , juga gagal memberikan link-link yang membuktikan sememangnya kenyataan berkenaan adalah kenyataan Rasmi dari Dewan Pemuda Pas Pusat. 

5. Untuk makluman Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dilancarkan oleh PAS bukan dilancarkan pada 1 Mac 2013 sebaliknya pada tabung milik Dewan Pemuda PAS ini dilancarkan pada 7 Mac 2013 (Rujuk Harakah 29-31 Mac 2013.) Yang menubuhkan Tabung Lahad Datu pada 1 Mac 2013 ialah kumpulan Media Prima atas nama Tabung Perwira Lahad Datu.

6. Kenapa tidak ada penjelasan mengenai kekeliruan dari nama akaun yang tertera pada iklan dan yang tertera pada skrin mesin ATM yang jelas membuktikan tabung berkenaan tidak wujud, sebaliknya wang berkenaan dimasukkan terus ke akaun Parti Islam Se-Malaysia.

Jika perkara sebegini pun Dewan Pemuda PAS Pusat masih gagal menjawab dengan kemas dan sempurna, malah cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta palsu, apakah orang seperti mereka ini harus kita beri kepercayaan memimpin negara? Jika dalam hal-hal yang melibatkan wang derma pun boleh ditipunya, apakah kita mengharapkan mereka jujur di peringkat yang lebih tinggi? Sudah-sudahlah dengan duit Tabung Memali yang dah habis disapu dengan licin oleh PAS (Perkara ini diakui oleh MAZA). Jangan tertipu dengan sandiwara kenyataan yang barangkali direka-reka untuk menutup kelemahan dan penipuan mereka.

1 comment:

  1. he...he...he...kenyang la semua tok lebai PAS lepas ni.....kesian ahli PAS ....kena kencing hidup hidup....

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute