ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 July 2013

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA MENGENAI ISU RAMPASAN KUASA DI MESIR

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA MENGENAI BERHUBUNG PERGOLAKAN DI MESIR

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja telah meragut nyawa, tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara pihak penyokong dan penentang kerajaan di sana.

Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan. Beliau tidak sepatutnya digulingkan dengan sebegitu rupa kerana ini bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi tetapi juga mengkhianati amanah rakyat.

Ini adalah satu iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati oleh semua. Sebarang tindakan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.Oleh itu, tindakan sebegini hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya.

Pada masa yang sama, saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana dan menasihati mereka agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi. Saya juga berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persiapan awal sekiranya kita terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Yang Benar,
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

1 comment:

  1. ini bukan rampasan kuasa- ini adalah Revolusi Rakyat Mesir
    -kerana tak ikut nasehat ulama Islam ASWJ maka banyak pertumpahan darah yg berlaku

    saya minta KJ baca balik Hadis Sahih Bukhari...mereka yg naik melalui Kekerasan akan jatuh melalui kekerasan jua=wassalam

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute