PENDIRIAN RASMI USTAZ DR. FATHUL BARI BERKENAAN ISU MESIR

Oleh : Dr. Fathul Bari

1. Perbuatan merampas atau cubaan merampas kuasa pemerintahan dari mana-mana pemerintah Islam adalah haram dan ditegah oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

2. Malah larangan baginda terhadap perbuatan ini adalah begitu tegas yang mana baginda memerintahkan kita membunuh orang kedua yang datang untuk cuba merampas kuasa dari pemerintah yang sedia ada.

“Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.”
(HR Muslim)

3. Sesiapa yang berada dalam keadaan terpisah hatta sejengkal dari pemerintah sah kaum Muslimin, (walaupun mereka benci pemerintah tersebut) dan mati dalam keadaan batil seperti itu, disabdakan Baginda sebagai mati jahiliyyah.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa yang melihat Amirnya berbuat sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar karena tidak ada seorangpun di kalangan manusia yang keluar dari sulthan sejengkal, kemudian dia mati atas perbuatannya ini melainkan dia mati secara jahiliyyah." (Bukhari 4/313 dan Muslim 3/1478)

4. Pemerintah pula haruslah berbuat baik kepada rakyat mereka. Haram bagi pemerintah untuk berlaku zalim pada rakyatnya!

5. Pemerintah yang baik akan diberkati dan dirahmati Allah, pemerintah yang zalim pula akan dilaknati Allah dan sudah pasti tidak akan terlepas dari balasan seksa dari allah Ta’ala.

6. Kezaliman dan pertumpahan darah (tanpa hak) adalah dilarang di dalam Islam.

7. Pemerintah Muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut Islam.

Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al-Asqalani (wafat 852h) yang mengulas hadith di dalam Sahih Al-Bukhari: telah ijma' ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam (pemerintah) yang merampas kuasa imam sebelumnya. Dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah (yang lebih buruk).

8. Demikianlah sifat para sahabat dan para ulama salafusoleh dalam mendepani pemerintah yang merampas kuasa. Apabila Bani Abbasiyah merampas kuasa dari Bani Umayyah, mereka tetap diiktiraf sebagai penguasa walaupun mereka melakukan pelbagai kekejaman dan kezaliman dengan membunuh manusia dari pelbagai kalangan terutamanya pemimpin dan tokoh bani Umayyah. Hatta kubur-kubur khalifah-khalifah Bani Umayyah dikorek dan mayat mereka dibakar! Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Sa’ad, Atha’ bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar.

9. Oleh yang demikian itu kita sepakat untuk tidak bersetuju dengan tindakan tentera yang menumpahkan darah. Mana mungkin individu Muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Maka, para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya Mufti Madinah Syeikh Soleh Suhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta (rampasan kuasa) beliau menyarankan supaya rakyat Mesir pulang ke rumah. Ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.

10. Hal ini bertepatan dengan hadith Nabi Sallahu 'Alai Wa Sallam maksudnya, "Apabila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian, pukullah pedang-pedang kalian di batu, lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat Ahmad)

11. Maka pesan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah. Oleh kerana itu Muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.

12. Namun oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah:


وَأَعِدّوا لَهُم مَا استَطَعتُم مِن قُوَّةٍ وَمِن رِباطِ الخَيلِ تُرهِبونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُم وَءاخَرينَ مِن دونِهِم لا تَعلَمونَهُمُ اللَّهُ يَعلَمُهُم ۚ وَما تُنفِقوا مِن شَيءٍ فى سَبيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيكُم وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" (Al-Anfal: 60)

13. Maka apa kekuatan rakyat Mesir ketika ini? Batu? Demonstrasi? Pembesar suara? Astaghfirullah.

14. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam membina kekuatan dengan berhijrah.

15. Sebelum hijrah, berapa ramai sahabat nabi saw dibunuh kerana memeluk Islam? Sumaiyah dan ahli keluarganya, Bilal bin Rabah diseksa. Demikian Ibnu al-art diseksa.
Namun apa tindakan Nabi? Demo? Bakar semangat supaya semua turun di jalanan? Berperang dengan Arab Jahiliyah yang kuat ketika itu? 

Jawapannya TIDAK! Bahkan sama sekali TIDAK. Nabi SAW himpun kekuatan dengan berhijrah.

16. Manakala keadaan rakyat Mesir pada hari ini, sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah (kesemuanya). Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Andai pihak kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka, maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi, sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang berbanding dengan provokasi antara kedua pihak yang berlangsung di dataran-dataran umum.

17. Darah umat Islam haram ditumpahkan. Dari sahabat Abu Bakrah menuturkan, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk diatas untanya sementara orang-orang memegangi tali kekang unta tersebut. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Hari apakah ini? '. Kami semua terdiam dan menyangka bahwa Baginda akan menamakan nama lain selain nama hari yang sudah dikenal. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bukankah hari ini hari Nahar?" Kami menjawab: "Benar". Nabi sallallahu 'alaihi wasallam kembali bertanya: "Bulan apakah ini? '. Kami semua terdiam dan menyangka bahwa Baginda akan menamakan nama lain selain nama bulan yang sudah dikenal. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bukankah ini bulan Dzul Hijjah?" Kami menjawab: "Benar". Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian sesama kalian haram (suci) sebagaimana sucinya hari kalian ini, bulan kalian ini dan tanah kalian ini. (Maka) hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, kerana orang yang hadir semoga dapat menyampaikan kepada orang yang lebih faham darinya". (Sahih Al-Bukhari)

18. Kekhilafan (perbezaan pendapat) yang berlaku bukanlah pada isu kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Mesir, sebaliknya adalah pada pengiktirafan Al-Sisi sebagai pemerintah walaupun kita membenci tindakannya.

19. Seperti mana pembangkang pada hari ini yang "mungkin" membenci kerajaan yang memerintah akan tetapi hakikatnya mereka mengiktiraf kerajaan BN sebagai kerajaan yang sah.

20. Saya mengulas isu ini menurut perspektif Islam berlandaskan Quran dan Hadith bukan demokrasi.

Dr. Fathul Bari Mat Jahaya
CEO Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU).

Post a Comment

7 Comments

  1. Bukanlah kita menyokong pelaku kezaliman, bukan juga membelanya, dan tidak juga cenderung kpdnya, tp dlm situasi pertentangan sesama Islam, pembela Islam sebenar pun sukar dipastikan, mk yg duduk lebih baik dr yg berdiri.
    "Jgnlah engkau ikuti apa yg engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,...." Al Isra' 36.
    Termasuk kata "taqfu" yg diterjemah sbg "ikuti" yg dpt saya fahami adalah sokong dan tolong bantu, waAllahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Aku ikhlas percaya bahawa angkatan tentera bukan sewenang-wenangnya menembak mati para penunjuk perasaan. Tetapi berdasarkan lapuran agensi-agensi berita CNN, BBC dan Aljazeerah, para penyokong Presiden Morsi begitu DEGIL untuk meneruskan demonstrasi sehingga berbulan-bulan, termasuk sepanjang bulan Ramadhan.

    Cuba kita gambarkan kalau demonstrasi BERSIH diadakan setiap hari bagi tempoh berbulan-bulan di Dataran Merdeka, dan mendapat liputan setiap hari di CNN, BBC, Aljazeerah dan lain-lain agensi berita, apakah kesan kepada pelancung, pelabur, dan business di negara kita.

    Kedudukan ekonomi Mesir jauh lebih kebelakang dari Malaysia. Kadar pengangguran di Mesir begitu tinggi, begitu juga kadar kemiskinan. 30% dari hasil negara adalah dari sektor pelancungan, sektor yang paling teruk terjejas apabila kerap berlaku demonstrasi jalanan...lebih kurang sama masalah di Indonesia suatu ketika dulu.

    Tetapi, di dalam tentera berhati-hati untuk menyuraikan tunjuk perasaan, terdapat juga penunjuk perasaan yang bersikap amat provocative....membaling batu terhadap tentera, malah ada yang menggunakan senjata api. Di dalam percubaan menyuraikan beratus ribu penunjuk perasaan, tentu akan berlaku perkara-perkara tidak dapat dielakkan.

    Aku percaya tentera Mesir tidak akan sengaja nak tembak mati penunjuk perasaan..

    ReplyDelete
  3. Kesilapan telah bermula sejak dulu lagi,melanggar ajaran ugam yg melarang menjatuhkan pemerentah selagi ianya Islam.Kesilapan ini harus di hentikan dgn mentaati pemerentah Islam yg ada dan berdakwahlah kepada mereka jika mereka melakukan kesalahan atau kezaliman.Dizaman ini,tidak adalagi para pemerntah khususnya raja-raja yg terus memenggal kepala sesiapa saja yg berani menyanggah mereka,jadi mana yg berilmu berdakwahlah pada yg jahil,termasuklah pemerntah samaada raja atau Presiden atau Perdana Menteri.Dalam kes negara kita Malaysia,pemerintah yg kita ada adalah raja-raja dan PM yg memang pun berugama Islam,perbaiki mereka dgn dakwah bukan dengan serangan politik.

    ReplyDelete
  4. Mau dibaac oleh penacaci PAS Laknatullah ini maka akan dtglah maki hamun dan hukuman2 kafir pd UFB.. spt yg kit atahu Khawarij PAS sgt cintakan konsep huru rara, dan sgt mereka mahukan Malaysia jd spt dataran Tahrir. jd siapa yg komen xselari dgn mereka dlm isu ini siaplah.. aku terimalah 'balasan'. Samapi ada dihukum 'kafir' dlm FB semata2 krn komen tentang konsep demonstrasi tidk membawa keberkatan.. semoga Malaysia dipelihara Allah dr ujian2 berat ini.. Aminn

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. sampai bila nak di dakwah jika masih tak berubah ubah. takuk tu juga sampai berbuih. kena ada jalan pembetulan. cara demokrasi jatuhkan melalui undi majoriti cara islam?

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya, Ikhwanul Muslimin, (Muslim Brotherhood ), parti Dr. Morsi ini dulunya adalah sekutu kuat si Barat, demi mendapat kuasa memerintah. Macam Anwar, adalah pengikut Ikhwan ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi sudah berkuasa dan makin kuat menghentam Israel dan berbaik pula dengan Iran, dia pun digulingkan oleh dalang-dalang Barat-Israel.

    Dan sebelum itu, oleh kerana Hosni Mubarak enggan membenarkan pengkalan tentera US-NATO-Zionis di Mesir, apalagi sasaran mereka mengawal Teluk Suez yang amat penting, terutamanya untuk menjaga kepentingan Israel, maka Mobarak digulingkan sebelum itu.
    Begitu juga, Allahyarham Kolonel Gaddafi, amat Nasionalis dan menjadi penaja kuat African Union yang berdikari dari Barat-Zionis, sampai dibunuh dengan kejam macam anjing, oleh ejen CIA-MI6-Mossad-NATO yang menyamar jadi pemberontak Islam -juga untuk merampas minyak-gas Libya yang terbesar di Afrika.

    Dan k’jaan Syria dan Iran, dan tentera Hezbollah walaupun diketuai pengikut Shiah, juga mahu digulingkan US-NATO-Israel ini, kerana mereka juga Nasionalis, amat anti Barat-Israel, dan penuh minyak-gas, termasuk Syria Golan Heights yang telah 2/3 dijajah Israel.

    Maka pengajaran di sini ialah, Barat-Israel akan mempergunakan negara/umat Islam, dalam apa carapun, yang manis talam dua muka mahupun yang ganas, untuk menjatuhkan Islam, serta memecahbelahan pemimipin/umat Islam dan menjajah negara Islam yang kaya minyak-gas. Kawan akan jadi lawan dengan mudah sekali bila tak patuh arahan si Barat-Israel ini, termasuk cium kaki kudis mereka, macam hamba abdi!

    Memang DAJAL si Barat-Israel ini - sebab itu jgn. lansung kita TUNDUK lagi kpd. undang-undang 'universal' (termasuk yg. UN) yg. sebenarnya berasaskan "demokrasi/hak asasi" Barat-Zionis SAMPAH, salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya!

    Sedangkan, rejim-rejim Barat-Israellah pula yang membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013.
    (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  7. Moga ALLAH bersama rakyat Mesir, kezaliman perlu ditentang, kalau hati penuh dengan dosa, memang akan takut untuk pertahankan yang hak. Dalam kalangan golongan kanak-kanak mereka,akan lahir pejuang yang tidak takutkan ancaman dunia macam kita. Negara ini tidak akan selalunya aman satu masa nanti, samada kita nak atau tidak, ia tetap akan berlaku, persiapkan dengan ilmu agama, moga2 kalau ada batu je ditangan kita sekurang-kurangnya ia boleh jd senjata jihad.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.