KENYATAAN @anwaribrahim TERSASAR. BANGLA TAK LANDING KAT MALAYSIA TAPI KAT NEGARA ABANG KANDUNG @dapmalaysia


Oleh : AJ

Reaksi kami bila mendengar wujudnya Rusuhan Kaum di Singapura : Sekadar tersenyum

Kenapa kami katakan sedemikian?

Inilah bukti, tidak ada negara yang sempurna di dunia ini. Semaju manapun, sekaya apapun, ianya bukan satu jaminan.

Media-media di Singapura nampaknya 'amat berhati-hati' mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Kebanyakkan media mereka membawakan cerita bahawa insiden ini bermula disebabkan 'isu kemalangan jalan raya'. 

Walaupun ada kebenarannya, namun sebab apakah 'isu kemalangan' ini membawa kepada 'isu perkauman'?

Jawpannya mudah : Rasa tidak puas hati layanan yang diterima sesetengah bangsa di Singapura.

Sepertimana yang kita maklum, Singapura merupakan sebuah negara pulau yang majoritinya dihuni oleh orang-orang Cina. Menjadi sebuah negara 'Cina' di tengah-tengah kepulauan Melayu, bukanlah satu perkara yang menarik bagi sekutu rapat Amerika dan Israel ini.

Kebangkitan Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain di Asia Tenggara sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada pentadbiran pemerintah Singapura. Jika dahulunya Singapura menjadi hub perhubungan, perdagangan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain bagi rantau Asia Tenggara, peranan ini sedikit demi sedikit diambil alih negara-negara jirannya.

Untuk itu, bagi memastikan kelansungan survival Singapura di rantau ini, pemerintah Singapura terpaksa melakukan tindakan 'khianat' bagi memastikan Singapura menjadi pilihan pedagang luar. Antaranya ialah mencampuri urusan politik negara-negara jiran.

Mengambil contoh Malaysia, mahu tidak mahu, suka tidak suka, pemerintah Singapura perlu mengakui bantuan taktikal yang diberikan mereka kepada pembangkang di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan perjumpaan rahsia bekas ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada 2 April 2009. 

Apa motif perjumpaan mereka? Mengapa diadakan secara sulit tanpa kehadiran para wartawan atau wakil-wakil dari Pakatan seperti PAS? Bukankah secara tidak langsung ini mengambarkan semacam 'percampuran' urusan hal politik di Malaysia?



PAP Singapura, yang juga menjadi parti pemerintah Singapura juga tidak boleh menafikan perkaitan sejarahnya dengan penubuhan DAP Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Lim Kit Siang sendiri merupaka kader yang dihantar oleh Lee Kuan Yew untuk memastikan survival perjuangan 'Malaysian Malaysia' terus bersemarak di sanubari cina-cina Malaysia.

Malah menjelang PRU13, didapati sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dengan bangganya membawa kempen UBAH yang dinaugi DAP di Johor Bahru.

Itu semua adalah sebahagian kecil 'campur tangan' Singapura secara tidak langsung dalam mencorakkan agenda politik Malaysia.

Berbalik kepada tajuk asal : Layanan tidak adil, Pemerintah Singapura yang kerap berbangga propaganda "Integrity. Service. Excellence" adalah punca segala-galanya.

Sepertimana yang dikatakan diawal tadi, Singapura merupakan negara yang pemimpinnya terdiri dari bangsa Cina. Bukan untuk bersikap perkauman, namun inilah mereka. Sebagai contoh, berdasarkan perlembagaan Singapura, termaktub dibawah artikel 152

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Soalnya dimana Pemerintah Singapura yang diketuai oleh Bangsa Cina yang gemar merekayasa diri mereka sebagai seorang yang ""Integrity. Service. Excellence" dalam menjalankan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, perlembagaan ini hanya menjadi 'satu cetakan' semata-mata tanpa sebarang implimintasi dari pihak berkenaan. Dimana kedudukan bangsa Melayu di Singapura? Dimana kedudukan pendidikan orang Melayu Singapura? Kenapa orang Melayu hanya menjadi balaci dalam sistem pertahanan Singapura?

Penulis ingin menarik perhatian pembaca mengenai betapa 'rasis'nya bangsa Cina kepada kaum yang berkulit gelap. Lihat sahaja pada rakaman dibawah ini ketika hari pengundian.







Tidak seperti SPR yang ditunjangi oleh kaum MELAYU-ISLAM, orang MELAYU memberikan hak-hak mengundi kepada warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Malah berdasarkan kajian yang dilakukan, penulis tidak menjumpai sebarang rakaman video yang diupload oleh memperlihatkan penyokong-penyokong PAS dan PKR Melayu menghalang warganegara Malaysia berkulit gelap untuk membuang undi. Sebaliknya kebanyakkan video yang diupload memaparkan betapa biadapnya bangsa tersebut menghalang hak warganegara Malaysia. 

Walaupun wujud fitnah-fitnah kononnya Barisan Nasional membawa masuk 40,500 pengundi hantu / Bangla, ternyata ianya satu tuduhan tanpa sebarang bukti yang jelas. Namun apa yang hendak penulis nyatakan disini, siapakah yang paling 'agresif' dalam menghalang pengundi-pengundi berkulit gelap untuk mengundi dalam PRU13? Tidak lain dan tidak bukan, bangsa yang 'menguasai ekonomi Malaysia'.

Walaupun pada hakikatnya sifat bangsa CINA dari Tanah besar China tidak seperti Cina di Malaysia, mahu tidak mahu, suka tidak suka, perlu diakui bahawa majoriti CINA di Malaysia 'berkiblatkan' Singapura sebagai satu negara idaman mereka.

Jadi apa yang terjadi di Singapura adalah cerminan yang jelas. Cina tidaklah cemerlang dalam mengamalkan demokrasi. Jika mereka cemerlang dalam amalan demokrasi, masakan negara asal mereka masih berpaksikan kepada Komunisme. Bangsa Melayu Islam tidak cemerlang dalam berdemokrasi. Namun mereka masih mempunyai sikap toleransi yang tinggi yang menjadi intipati kejayaan sesebuah negara.

Kembali ke Singapura, apa yang terjadi di Singapura adalah akibat dari 'balang yang menanti pecah'. Sikap memandang rendah kaum lain, mementingkan diri sendiri, adalah hukum karma yang perlu mereka hadapi.

Penulis ingin memetik perkataan BJ Habibie, mantan Presiden Indonesia yang pernah mengatakan bahawa Singapura "bukan kawan sewaktu susah."

Apa-apapun, tidak semua Cina itu jahat, dan tidak semua Melayu itu sempurna. Apa yang penting saling menghormati antara satu dengan yang lain. Dan kepada pemerintah Singapura, jangan masuk campur urusan rumah tangga Malaysia. Jaga negara sendiri tu sudah.

Post a Comment

0 Comments