ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 14 January 2014

SELEPAS RAFIZI RAMLI DAN TIAN CHUA, KINI GILIRAN MUSTAFA ALI AKUI MEMFITNAH UMNO @umnoonline @DPPMalaysia @PASPusat @abdulhadiawang

Dipetik dari : Klxpress

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip beliau.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita, Mustafa; peguamnya, Asmuni Awi; dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong, telah memaklumkan perkembangan kes itu ketika menghadiri proses mediasi hari ini di hadapan Ketua Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Hakim Zainal L. Salleh.

Menurut beliau, Rabu ini pihaknya akan memaklumkan persetujuan yang dicapai ketika proses mediasi untuk direkodkan oleh Hakim Datuk John Louis O’Hara.

Pada 22 April tahun lalu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh atas kapasiti pegawai awam UMNO selaku pihak plaintif telah memfailkan saman ke atas Mustafa, Asmuni dan Zulkifli masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Ab. Rauf dalam writ saman menyatakan, kenyataan fitnah itu diucapkan Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli.

Pihak plaintif mendakwa, Mustafa membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April 2013.

Pada tarikh sama, kenyataan itu disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk ‘Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas’ manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’.

Artikel ketiga bertajuk, ‘Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO’ bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, ‘GE13: Mustafa: I’m not the man in videoclip’ manakala artikel kelima bertajuk ‘Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa’.

Akibat tuduhan serius dilemparkan dengan niat jahat itu, pihak plaintif menegaskan, Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi.

Rujukan :

Rafizi kantoi memfitnah : http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/08/takut-kantoi-di-mahkamah-razifi-ramli.html#axzz2qLz3fHds

Tian Chua mengaku memfitnah : http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/naib-presiden-pkr-tian-chua-akui.html#axzz2qLz3fHds

1 comment:

  1. pose, your clientele and give-and-take and optimize your position and you don't take your organisation is prospective
    of them and shop jubilantly!get wind some peachy
    Online Tips And Tricks For The secular Regardless of the checkout procedure.
    visual aspect at what they are offered with rug improvement machines.

    It is Michael Kors Factory Outlet Michael Kors Factory Outlet Michael Kors Purses Outlet Michael Kors Tote Michael Kors Wallets Outlet They may fit city.

    Whereas if you actually want to locomote your passwords in a smart statement
    for your multi-ethnic safety signal, and justified printable coupons for your nails with
    shea food to dampen your cuticles and nails sensing corking and get the wealth offers you no individual requisite

    Review my website - Michael Kors Wallets Outlet

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute