ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 10 February 2014

DIPECAT KERANA BERJANGGUT

KAHERAH : Menteri Dalam Negeri sementara Mesir Muhammad Ibrahim dilaporkan mengarahkan pemecatan 10 anggota polis negara itu kerana enggan mencukur jambang masing-masing.

Styesen televisyen kerajaan melaporkan, Ibrahim membuat ketetapan itu berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Kepolisian Mesir.

Menurutnya, tindakan ke atas 10 anggota polis it dibuat mengikut klausa dalam peraturan polis yang melarang anggotanya berjambang dan berjanggut kerana didakwa mencemarkan kewibawaan pasukan berkenaan.

Menurut peraturan itu, seorang anggota polis tidak dibenar memelihara janggut kerana akan mencemarkan kewibawaan mereka.

Anggota polis berkenaan tidak menghiraukan teguran dan surat amaran yang dikeluarkan kepada mereka menyebabkan Kementerian Dalam Negeri mengambil keputusan untuk memecat mereka.

Semakin ramai anggota polis Mesir memelihara janggut sejak Revolusi 25 Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak.

Tindakan mereka memelihara janggut bagaimanapun tidak diendahkan ketika pemerintahan kerajaan Presiden Muhammad Mursi.

Bagaimanapun, Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu dan kini berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah. – Agensi

Sumber lain : http://www.reuters.com/article/2012/10/31/us-egypt-police-idUSBRE89U16520121031

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute