ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 20 May 2014

TAAT KEPADA NEGARA TAPI TAK TAAT PADA PEMERINTAH? LAIN BENAR DENGAN APA YANG ALLAH PERINTAHKAN

Oleh : AJ

Aku nak berikan sedikit komentar mengenai respon beberapa pelajar UiTM dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang mana ada diantara rakan-rakan mahasiswa ini mengeluarkan kenyataan bahawa ketaatan hanyalah pada negara dan bukannya pada pemerintah sepertimana yang terpapar dalam portal Astro Awani.

Pelik bin ajaib bilamana kenyataan sedemikian ini dikeluarkan oleh mahasiswa Masscom UiTM yang rata-ratanya adalah seorang muslim dan pastinya pernah membaca Al-Quran.

Tidakkah mereka pernah membaca perintah ALLAH yang berbunyi;

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Surah An-Nisa', Ayat 59

Mana mungkin sebuah negara dapat berdiri tanpa ada individu yang menjadi pemimpin? Ini adalah lumrah yang ALLAH tentukan. Dalam setiap wilayah pasti akan ada seorang pemimpin yang akan diangkat. Maka dengan itulah kita dapat melihat dimana ALLAH mengatakan bahawa tugas menaikkan dan menjatuhkan seseorang pemerintah itu adalah ditangan-NYA. Firman ALLAH;

"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Surah Al-Imran, Ayat 26

Aku rasa Dekan Fakulti Masscomm UiTM perlu merombak semula stuktur pengajian di fakultinya dengan memasukkan dan mewajibkan subjek Aqidah kepada semua mahasiswa Islam di fakultinya agar kekeliruan ini dapat diperbetulkan.

11 comments:

  1. Budak ni masuk UiTM ikut jalan belakang bang. Keputusan periksa SPM dia mana bagus. Sebab itulah pendapat dia macam budak tak cukup matang. Ibarat, taat pada rumah tapi tak taat pada ibu bapa. Taat pada kampung tapi tak taat pada ketua kampung. Esok kalau dah kahwin, taat pada rumah tapi tak taat pada suami. Kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  2. PUNDEK PUNYA MAHASISWA AKA MAHASEWEL ,HINGUS PUN LUM KERING NAK TUNJUK PANDAI

    ReplyDelete
  3. Budak budak tu ada ngaji agama ke ? Belum matang lg tu. Mak bapak pulak tak ambik tahu. Itu pun klu mak bapak tak jahil sama la.

    ReplyDelete
  4. Kat Johor BN merintah, kenalah taat kpd k'jaan BN selagi tak suruh yg maksiat, walau pun awak tu penyokong / ahli PAS.
    Kat K'tan, PAS merintah, kenalah taat kpd k'jaan Pas selagi tak suruh yg maksiat, walau pun awak tu penyokong / ahli UMNO.
    Susah ke nak paham.

    ReplyDelete
  5. Ketaatan kpd pemerintah dlm perkara yg hak sahaja.. yg batil wajib kita menderhaka kpd pemerintah trsebut.. namun pemerintah UMNO lebih banyak batil sedikit sahaja yg hak... maka rakyat tidak wajib taat kpd UMNO secara generalnya... -ex-student UiTM-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko merapu apa dah setan? Dyana ckp tolak perlaksaan hudud. Tu wakil daripada pakatan haram.

      Delete
    2. awat hg apply masuk ipt yg dibina pmimpin2 batil ni.opps..lupa.pmimpin2 suci yg hg sokong xmampu nk buat ipt.jgnkn ipt,bina masjid pon pmimpin hg tpksa mtk bantuan kt krajaan batil sparuh.jgnkn masjid,bina highway pon krajaan batil yg tolong setelkn.sbatil2 krajaan yg ad arini,bole plak depa guna duit rakyat utk buat bnd2 mcm 2.tp syg hg cuma nmpk hat batil,hat elok pejam mata.nmpk buat mcm mn da pmimpin2 hg ajaq mcm 2.

      Delete
    3. Kepada (Anonymous20 May 2014 21:27). Dimanakah dlm undang2 negara yg dipimpin/diterajui oleh UMNO yg menyuruh/memaksa rakyat melakukan kemungkaran dan jika kita tdk patuh akan suruhan tersebut kita akan didakwa? Dimanakah juga didalam negara ini yg melarang umat islam khususnya dari melaksanakan ajaran islam dan jika laksanakan ajaran islam itu juga kita akan didakwa? Jadi skg ni, kamu nak ikut perintah Allah atau ajakan syaitan agar tidak patuh pd perintah Allah dlm surah an nisa ayat 59?

      Delete
  6. padan muka kerajaan BN yg di tunjangi UMNO..sebab terlalu lembek la budak budak setan beringus ni jadi macam ni..penerangan dari kalangan berwajib mana..sama la tu..biar semua lingkup baru nak sedar...menteri pendidikan mana..polis yg pantau pusat pengajian tinggi mana...tolong jawab mai...

    ReplyDelete
  7. kepada Jimmie... Tun Dr M mengumpamakan UMNO adalah syaiton yg dkenali.. jadi ikutlah perintah Allah yg menyuruh taat & menyokong pemerintah yg adil di sisi Islam.. bukannya ajakan syaiton yg dkenali iaitu UMNO...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute