ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 17 June 2014

PERAMPAS TANAH ORANG ASLI AUSTRALIA LANCARKAN KEMPEN PALING ZALIM DI YOUTUBE



Oleh : AJ

Kerajaan Australia hari ini telah melancarkan kempen melalui Youtube dengan memaparkan video dimana Komander bagi operasi kedaulatan sempadan Australia, Campbell memberi amaran kepada pihak-pihak yang mahu memasuki Australia secara tidak sah agar membatalkan hasrat berkenaan.

Ianya sebahagian dari langkah-langkah bagi melindungi sempadan negara dari aktiviti penyeludupan manusia melalui jalan laut.

Operation Sovereign Borders (OSB) adalah inisiatif baru Kerajaan Australia dalam menjaga keamanan sempadan negara yang mana tanggungjawab ini diletakkan di bahu angkatan tentera Australia bagi menghentikan perahu-perahu penyeludup, mencegah orang-orang pelarian yang membahayakan nyawa mereka di lautan selain menjaga integriti program imigrasi Australia.

Dalam video berkenaan juga, para pencari suaka yang melakukan perjalanan dengan perahu tanpa visa diberikan amaran bahawasanya kedatangan mereka ke Australia tidak dialu-alukan. Peraturan ini digunapakai bagi setiap individu; keluarga, anak-anak, kanak-kanak tanpa penjaga, mereka yang berpendidikan dan memiliki keterampilan. Tidak ada sebarang pengecualian untuk apa jua alasan.

Selain itu didalam video berkenaan itu juga, ditegaskan bahawa Australia memandang serius dalam melindungi sempadan negaranya dan bertindak dengan apa jua kaedah bagi menghentikan sesiapa sahaja yang berusaha untuk datang secara haram dengan perahu.

Untuk menjayakan kempen ini, kerajaan Australia telah menghasilkan 1 video dengan beberapa alih bahasa dilakukan dalam menggerakkan program ini. 















Untuk maklumat lanjut layari : http://www.customs.gov.au/site/offshore-communication-campaign-people-smuggling.asp

1 comment:

  1. Daulat Islam Iraq dan Syam (ISIS) mempersilakan orang2 yang dizalimi berlindung di negara mereka. Terutamanya yang dijajah seperti Palestin. Negara Islam sebenar tiada sempadan, kerana negara-negara sekarang diasaskan kepada bangsa. Orang kafir boleh berlindung dalam Daulat Islam namun harus menghormati undang2 Islam. Sangat stabil daulat Islam jika dibandingkan negara2 Islam sekarang, dimana minoriti kafir harbi yang menjadi penentu, sama ada dalam politik dan ekonomi. SAYA TIDAK MEMPROMOSI ISIS, HANYA MENYATAKAN PANDANGAN SAHAJA. DAN SAYA BERBANGGA DENGAN MELAYU KERANA MERUPAKAN BANGSA ISLAM. FIKIR2 KAN

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute