SUAMI 'BEBAS' ROGOL ISTERI?

Artikel dipetik dari : Utusan Malaysia

Seorang pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa.

Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen 375 Kanun Keseksaan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rape.

Kemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah.

Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan seks adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.

Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan seksual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual.

Tetapi di Malaysia, seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.

Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 375A.

Elemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama.

Seksyen 375A Kanun Keseksaan dimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004.

Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen 375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan.



Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan seks tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain.

Oleh itu, seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen 375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol.

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.

Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen 375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyen berkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan seksual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju.

Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal.

Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan seks itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan seks itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan seks itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan seks itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan seks oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. Perlakuan seks yang terjadi adalah tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan seks ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud.

Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan seks secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak seks suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen 376B. Seksyen 376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen 375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan?

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.

=========================================

Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mahu mendapatkan perkembangan terkini sekaligus mendapat update & share terbaru dari PenaMinang.com ke wall FB anda, sila klik disini.

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

Selepas proses ini, setiap update terbaru dari PenaMinang.com akan terus di share di wall anda secara automatik. Terima kasih atas perhatian anda. ^_^

Post a Comment

2 Comments

  1. Islam dah ada gar is panduan..alquran pelengkap hidup utk MA USIA sejagat. Orang yang x faham Islam hanya bercakap ikut logik ajal tetapi alquran telah pun menjadi pelengkap. Renungkan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Aduss..panjangnya takrif undang2. Kan ke perkawinan itu bagi mnghalalkan perhubungan lelaki dan wanita. Dunia perkahwinan perlu ada tolak ansur. Rasanya para suami yg mithali akan faham dgn mood isteri/ perempuan. Org lelaki boleh terima penolakan isteri jika dibuat dgn cara penuh hemah dan kasih sayang.
    Seks itu ROH perkahwinan. Perkahwinan akan hambar jika tiadanya hubungan yg melibatkan tubuh badan. Jiwa akan lebih tenang jika gejolak nafsu dilampias kpd pasangan yg telah diijabkabulkan dgn penuh rasa hormat dan kasih sayang. Jika tiada mampu utk. menunaikan hajat suami pastikan beliau redho pd. waktu/ mlm itu. Jika tidak, laknat Allah hingga ke Subuh. Nak cari keadilan hukum akal manusia atas dunia ke atau nak redho suami dan Allah?! Jika tak mampu layan suami boleh runding baik2 turun tanda tangan dapat kawan baru no.2.
    Abang2 kalau dah dapat jangan lupo malam ke siang..dan jgn lupo sembahyang subuh...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.