TRAGEDI MH17 : APA YANG PERLU KITA KETAHUI

Oleh : Kata Hati

1. Rusia. China. Iran. Adalah proksi yang bersekutu.

2. Kumpulan pemisah Ukraine pro Rusia ialah pejuang pemisah yang bersekutu dengan Rusia.

3. Vladimor Putin ialah Presiden Rusia.

4. Dakwaan mengatakan bahawa kumpulan pemisah mahu menembak mati presiden Rusia adalah karut kerana kumpulan pemisah wilayah bergolak dan Rusia bersekutu.

5. Rusia menafikan melalui ruang udara Ukraine. Sehingga kini pihak yang mendakwa Rusia melalui ruang udara Ukraine tidak menghadirkan bukti laluan pesawat yang dinaiki oleh Putin.

6. Setakat ini hanya Ukraine keluarkan kenyataan rasmi bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh kumpulan pemisah Ukraine.

7. Tiada pengakuan rasmi yang dikeluarkan oleh ketua kumpulan pemisah Sergev Kavtaradze.

8. Rusia menafikan terbabit (bertanggungjawab) dalam insiden berkenaan. Kumpulan pemisah juga menafikan terlibat mendalangi insiden berkenaan. Mereka menyatakan bahawa misil yang dimiliki oleh mereka hanya mampu menundukkan pesawat yang terbang 3,000 hingga ke 4,000 kaki dari aras laut semata2.

9. Ukraine menafikan mendalangi insiden pesawat #MH17 ditembak jatuh. Dan media-media rasmi Ukraine mengeluarkan bukti bertalu-talu yang tersebar di pelbagai jenis media terutamanya yang pro kepada barat bahawa RUSIA dan kumpulan pemisah ialah dalang kepada insiden berkenaan. Setakat ini bukti yang dikeluarkan oleh Ukraine seperti rakaman perbualan telefon yang dipintas, gambar kenderaan misil yang bergerak ke sesuatu lokasi dan juga bukti berita yang mengesahkan satu pesawat ditembak jatuh adalah bukti-bukti yang tidak dapat direkodkan sebagai sahih.

10. Ukraine. Britain. Australia. USA. Ialah mereka-mereka yang bersekutu.



11. Agensi-agensi berita seperti CNN, Telegraf, Dailymail, Foxnews ialah media-media yang bersekutu dengan barat.

12. Kebanyakkan agensi2 ini lebih condong melaporkan kenyataan-kenyataan dari pihak Ukraine dan barat berbanding melaporkan kenyataan dari Rusia.

13. Gambar-gambar pesawat dari Ukraine yang jatuh terhempas ditundukkan oleh kumpulan pemisah ialah merujuk kepada serangan melalui jet pejuang. Bukan menggunakan peluru berpandu.

14. Malaysia tidak membuat kenyataan rasmi dengan MENGESAHKAN bahawa #MH17 telah DITEMBAK jatuh bagi menjaga PENDIRIAN RASMI mereka untuk TIDAK CONDONG kepada mana-mana kenyataan samada dari UKRAINE, wilayah yang bergolak mahupun RUSIA untuk melindungi negara daripada terjerumus kepada satu situasi yang lebih sukar.

15. Ukraine mengatakan pesawat telah ditembak jatuh. Dan ia ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah. Malaysia memerlukan masa bagi menyiasat bukti-bukti berkaitan untuk mengesahkan kenyataan Ukraine.

16. Maka perkataan DIPERCAYAI digunakan oleh MEDIA MALAYSIA bagi memastikan bahawa MALAYSIA tidak CONDONG kepada mana-mana tuduhan terhadap pergolakkan di timur Ukraine.



17. Setakat ini MALAYSIA hanya mendengar hujah-hujah dari pelbagai pihak tanpa diberikan peluang untuk memastikan kenyataan dari pihak2 tersebut adalah benar.

18. Ramai rakyat Malaysia tak faham bahawa PERANAN MEDIA ialah melapor. Kenyataan presiden Ukraine bukannya Al-quran yang sehinggakan PM Malaysia perlu patuh dan bersetuju tanpa diberikan ruang untuk menyiasat kejadian.

19. Rusia dan Ukraine saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Rusia menyalahkan Ukraine adalah punca kejadian kerana mahu memerangi semula wilayah bergolak sehingga senjata terpaksa dinaikkan semula.

20. Ukraine mengeluarkan kenyataan mereka ada bukti bahawa misil sengaja dilepaskan dan disasarkan kepada pesawat MH17.

21. Ketika ini Ukraine dan pihak media pro BARAT mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menekan dan mengaitkan Rusia dalam insiden keganasan terbaru.

22. Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa kotak hitam telah ditemui dan akan diserahkan kepada MOSCOW. Ukraine mengecam tindakan ini sebagai campurtangan pihak Rusia dan USA bimbang jika ada cubaan untuk meminda bukti tempat kejadian untuk melindungi tindakan kumpulan pemisah dan Rusia.



23. Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Rusia dan kumpulan pemisah bahawa mereka telah menemui kotak hitam. Akan tetapi kumpulan pemisah telah membuat kenyataan jika kotak hitam ditemui ianya akan diserahkan kepada MOSCOW untuk siasatan rasmi.

24. ICAO dan Australia mendesak agar siasatan diketuai oleh pakar penyiasat antarabangsa yang adil dan telus dan kotak hitam diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengetuai siasatan tersebut.

25. Angka 41 ialah jumlah mereka yang berada di dalam penerbangan tetapi tidak dapat ditemui setakat ini.

26. Zon laluan penerbangan yang diikuti oleh MAS ialah zon laluan selamat yang diisytiharkan oleh pihak penerbangan antarabangsa dan bukannya disahkan selamat oleh Malaysia. Malaysia hanya baca kenyataan yang disahkan oleh pihak2 yang berauthoriti yang menentukan apa laluan yang selamat diikuti.

27. Ruang udara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine hanya melarang syarikat penerbangan dari proksi barat seperti USA dan BRITAIN dari menggunakan ruang angkara mereka. Negara-negara berkecuali seperti Malaysia tidak terbabit sama sekali dengan larangan tersebut.

28. MH17 dikesan kali terakhir terbang pada ketinggian 33,000 kaki seperti yang direkodkan oleh FLIGHTRADAR24. Ketinggian 33,000 kaki adalah ketinggian yang dibenarkan untuk terbang tanpa dianggap sedang menceroboh ruang angkara Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah.

29. Tiada panggilan kecemasan yang dibuat oleh anak kapal sejurus perhubungan komunikasi mereka terputus dengan menara kawalan udara Ukraine dan KLIA.

30. Dengan berlakunya insiden pesawat ditembak jatuh maka dunia sudah mengisytiharkan bahawa konflik yang berlaku di wilayah Ukraine adalah konflik antarabangsa dan negara2 kuasa besar akan diberikan hak untuk campurtangan bagi menentukan hala tuju konflik berkenaan.

Ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum mengulas macam tahu semua benda. Aku dah cakap awal-awal. Manipulasi media adalah sesuatu yang korang tak boleh abaikan. Kita boleh baca apa yang barat lapor. Kita boleh baca apa yang media Malaysia lapor. Kita boleh baca semua. Tapi untuk terima bulat-bulat, kita kena fikir masak-masak. Ada sesetengah perkara memang betul dan tiada masalah untuk kita terima. Tapi ada sesetengah perkara ialah propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan satu-satu pihak dengan menjadikan MALAYSIA sebagai mangsa keadaan.

TAHUKAH KALIAN SEMUA...

Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak berpihak ialah tindakan yang betul. Tindakan kerajaan Malaysia untuk tidak membabi buta mengesahkan kenyataan presiden Ukraine ialah tindakan yang betul. Kita akui pesawat terhempas dan pesawat tersebut adalah milik MAS tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku. Apa puncanya kita tatau. Jadi bila Najib tak mengesahkan apa-apa ia adalah tindakan yang betul. Untuk mengesahkan samada kenyataan Ukraine sahih ataupun tidak sahih, kenyataan Rusia sahih ataupun tidak sahih, kita perlu lalui satu proses siasatan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bah. kedua:

    Patutnya jgnlah. hanya serahkan pd Kem- Pengangkutan – kerana insiden MH11 ini bukan kemalangan biasa! Di samping itu, rejim Ukraine seolah tak nak beri kerjasama pd. Malaysia (lihat di http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/07/liowtionglai-ukraine-tidak-jamin.html , @LiowTiongLai : Ukraine tidak jamin keselamatan petugas, July 21, 2014), sedangkan si Barat, OSCE/INTERPOL senang saja masuk dan dijamin keselamatan mereka!

    Lihat pemilihan Kem. Pengangkutan ini di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140722 , /dn_05/3-pakar-Malaysia-ke-lokasi-kemalangan-hari-ini ,
    3 pakar Malaysia ke lokasi kemalangan hari ini:

    KIEV (Ukraine) 21 Julai - Malaysia telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pakar untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan di lokasi kemalangan MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Beliau berkata, pasukan itu telah dipilih selepas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) meminta Malaysia untuk menamakan tiga pakar bertauliah bagi menyertai pasukan penyiasat antabangsa.

    Tambahnya, OSCE juga memberi jaminan kepada mereka bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mengenai keselamatan dan keselamatan pasukan penyiasat.

    "Kami telah memberikan keutamaan kepada keselamatan mereka dan telah beberapa kali meminta jaminan dari OSCE. Ia adalah pesawat kami dan kita perlu mengetahui siapa yang menembaknya. Kami juga akan memastikan Malaysia turut menjadi sebahagian daripada pasukan penyiasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Pasukan yang akan menghantar laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, itu berlepas dari sini pada kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan.

    Dua ahli pasukan itu daripada DCA iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42, dan Mohd. Naemy Fahimy Mustapa, 38, manakala anggota yang ketiga ialah Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines, Azahari Dahlan, 53......

    Kerana jgn. lupa – MCAcing adalah DALANG-Dua-MUKA-plg-MERBAHAYA; yg. sering bersekongkol dgn. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM serta penaja Barat-ZIONIS mereka, utk. MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya (aku pun heran bila MCAcing nak masuk kabinet balik semula dan baru pula dapat menguasai Kem. Pengangkutan sebelum insiden MH11 ni) – bukalah mata sikit pemimpin Islam/Melayu kita dlm. PEMUDA UMNO-BANGANG jgn. hidup dlm. LaLaLand –kerana realiti Geopolitik ZIONIS/Israel-Barat/NATO dan ejen tempatan mereka, sebenaqnya makin BUAS di Dunia ISLAM, termasuk di Malaysia kita!

    Jadi aku harap 2 Black Boxes tu dlm. KAWALAN amat KETAT Pengarah Kejuruteraan Malaysia Airlines SAHAJA, En. Azahari Dahlan dan pegawai-pegawai TERTINGGI KEM. PERTAHANAN kita yg. dilapurkan telah berlepas ke Ukraine - setelah diserahkan tadi oleh Pemberontak pro-Russia.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.