ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 14 August 2014

DR. MAHATHIR JAWAB TUDUHAN NIK AZIZ

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

11 comments:

  1. Sikap PAS menyalahkan puak lain terbawa bawa sampai hari ini..kelemahan diri tidak diperbaiki..malu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah orang Melayu (meskipon intelekual) tidak menggunakan akal untuk berfikir kerana itu sifat fanatik kepartian begitu tebal. Aku pernah tanya "tidakkah kau berterima kasih kepada kerajaan dengan berbagai progrem untuk membantu orang Melayu dan rakyar umum " dia menjawab "itu hak kami perlu apa berterima kasih" Dia bekas askar dan berjawatan tinggi. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Ini yang pernah dikatakan Dr Mahathir "orang Melayu mudah lupa.........

      Delete
  2. kehebatan orang melayu bila bergaduh sesama bangsa dibawa sampai mati, kesah pergaduhan pada awalnya pendek dan ringkas tetapi dipanjangkan seolah-olah tiada penghujung dendam kesumat terhadap lawan akan diwariskan turun temurun bergaduhlah sentiasa tanpa mencari jalan bagaimana untuk berdamai. Apakah ini ajaran agama islam silalah rujuk al'quran dan hadis wahai bangsa ku.

    ReplyDelete
  3. Org2 yg disebutkn Nik Aziz tu dh pn meninggal dunia. Org lain cara lain... jgn disbbkn itu sampi anak cicit piut x boleh bersatu. Ini sesama islam. Apa nk jadi ni. Kuat btl dendam. Adakah ini yg dibawa oleh nabi kita muhammad s.a.w. Letak dendam sbg keutamaan melebihi seruan utk bersatu. Duduk semeja....pastu ungkai apa masalah dulu...dan mcm mana nk selesaikn. Lebih baik dari terus je tutup apa2 usaha utk perdamaian. AWK MENGAJAR ILMU ISLAM, TAPI AMBIL ISLAM SEBHG2 je. Sama mcm dituduh terhdp UMNO. 2x5 jugak. Cmne jadi ni? Jalan terbaik....jgn ditutup langsung peluang utk berdamai dan mencari penyelesaian terbaik demi utk kesepaduan islam. TOK GURU CMNE NI?

    ReplyDelete
  4. NA seorg ulamak hebat..slu berpesan supaya umat Islam bersatu umat Islam bersaudara..sedangkan nabi ampunkan ummat tp malang dia sendiri susah sgt nak ampunkan umno yg majoritinya Islam klu lah benar umno tu bersalah..itu yg tak faham tu..dgn dap nak pl kawan wpun dap dap sampai mati akan lwn undang2 Islam..kenapa susah sgt maafkan umno wahai tuan guru..sejahat2 umno mereka jugalah yg bina masjid tempat tuan guru sembahyang kat negeri kelantan tu..udah2 la dendam tu xkan nak bw sampai mati kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman dlm hati, tp tanda tandanya terlihat pd amalan dan akhlak. Bg mrk mrk yg pendendam, pembenci, yg kasar akhlak dan bahasa, keras kepala dan angkuh, fikir fikirkan masih adakah iman di hati ?
      Ingatlah juga ttg tiga ciri ahli Neraka ; 'utul, jawwaz dan mustakbir (kasar keras kepala suka berselisih, berlagak ego sentiasa nak menang sendiri degil, angkuh sombong). Apakah tergolong dr klgn ini, na'uzubillah !

      Delete
  5. tunggu TGNA meninggal dulu...barulah pemimpin2 PAS lain boleh bersuara..sekarang ni pun atas dasar hormat dan TGNA ni milestone nyawa politik PAS...wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. "Dan jika mrk cenderung kpd perdamaian, mk cenderunglah kpdnya (perdamaian) dan bertawakkallah kpd Allah (swt). Sesungguhnya Dialah Yg Maha Mendgr lg Maha Mengetahui." 8:61.
    Seruan di atas terhdp musuh yg kufur, mk apatah lg jika yg dianggap musuh itu umat Islam.
    Tp puak puak PAS ni ikut ke Al Quran ?
    So tak perlulah mengharap sgt.

    ReplyDelete
  7. Biar pi depa jawap dgn allah swt, ceramah guna macam2 hadis, realiti mereka tak ikut ajaran islam. Iblis gelak ketawa, bila orang pas ceramah! Sampai mati aku yak percaya kaum nie

    ReplyDelete
  8. Dinegara Islam Arab pun bercakar, bunuh sama sdn, bila puak2 islamik nie hidup aman damai. Berdosa besar kaum islamik nie pecah belah umat islam malaysia. Ada islam first class dan second class pulak

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute