ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 12 August 2014

NASIHAT BUAT BAKAL MAHASISWA SELURUH MALAYSIA

Oleh : PMO

Syabas dan tahniah kepada semua bakal-bakal Mahasiswa dan Mahasiswi yang berjaya mendapat tempat di IPTA Seluruh Malaysia.

Jangan nak kesahkan sangat anda dapat UMS, UNIMAS, UTHM, UiTM, UMK, UMT, UNIMAP, UPNM, UNIZA, USIM, UMT, UUM manakala kawan anda dapat UM, UKM, UPM, USM, UTM atau UIAM. Tak ada apa yang membezakan anda dengan mereka. Jika mereka mahasiswa, anda juga mahasiswa.

Apa yang penting, jangan tinggal solat, rajin berusaha, aktif, dan jangan malas.

Selain itu, kalau nak berpersatuan atau berpolitik pun, berpada-padalah. Janganlah kerana terlalu gila berpersatuan atau berpolitik sehingga anda melupakan tugas hakiki anda sebagai mahasiswa iaitu belajar. Lihatlah kepada sejarah abang-abang dan kakak-kakak anda yang telah di 'kick' gara-gara aktif berpolitik tetapi pasif dalam akademik. Seimbangkanlah.

Gunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Gunakan setiap ruang yang ada di Universiti untuk menimba ilmu. Perahlah dan torehlah segala ilmu dari para-para Proffesor, Doktor-Doktor Falsafah yang sudah sentiasa bersedia membantu anda dalam pelajaran.

Penuhilah ruang-ruang perpustakaan di kampus-kampus anda. Bukannya memenuhi ruang-ruang jalanan untuk berdemonstrasi dalam perkara-perakara yang anda sendiri kurang arif.

Dan khususnya kepada bakal peminjam PTPTN. Usahalah mendapatkan 'Kepujian Kelas Pertama'. Ini kerana PTPTN akan mengubah status pinjaman kepada biasiswa sekiranya anda berjaya mendapat status 'kelas pertama' di akhir tahun pengajian anda.

Semoga anda semua berjaya menjadi seorang manusia yang berguna di masa akan datang kepada ibu bapa dan keluarga anda khasnya, dan kepada bangsa dan negara amnya.

Salam sayang daripada kami :

- Jebat
- RPM
- Putera
- PMO
- AJ

2 comments:

  1. buat mereka yg bakal bergelar mahasiswa/i,tak kiralah dimana atau apa pun u,yg penting belajar dan caralah ilmu,masih ramai lagi yg kat luar sana nak masuk u tpi tak ada peluang.kenanglah pngorbanan ibu bapa yg mencari duit utk daftar di u,lihatlah bagaimana ibubapa yg terpaksa kesana sini,bertanya itu dan ini semata2 nak cari duit utk kamu daftar.adakah anda tau ibubapa trpksa pinjam dgn shb atau sdara mara?ingin mereka melihat anak2 mereka berjaya dan mngubah nasib mereka,ingatlah ibu bapa anda tidak ingin rumah besar,kereta besar yg anda bakal miliki nanti,mereka cuma ingin melihat anda brjaya,jd manusia yg berguna,berilmu,berakhlak,tdk lupa pd keluarga,kakak,abg,adik sdara dan jiran2.bantulah mrka bila brjaya nanti.pesan saidina Ali,klau kita byk ilmu,ilmu itu akan jaga kita tpi byk harta kita yg jaga harta.ambillah ksempatan yg dtg sekali dlm seumur hidup ini dgn byk mengali ilmu,bukti kpd masyarakat bhwa kita boleh berjaya dan lebih hebat drp org.klau nak brpolitik biarle brpada2 jgn smpai kita tergadai,tnggal kelas dan kuliah,tugasan tak siap,nasihat saya adalah lebih baik tumpukan sepenuhnya pd pelajaran.jdikn pinjaman blajar kpd biasiswa,atau paling tidak diberi potngan 70%drp kos belajar.solat jgn tinggal rajin2le baca alquran,jagalah makan dan minum drp yg halal .selamat menempuh alam mahasiswa/i

    ReplyDelete
  2. kita sokong atas tulisan ini gunakan peluang sebagai mahasiswa untuk membina masa depan anda, jangan biarkan orang lain menggunakan anda untuk kepentingan mereka, bila anda tak berguna siapa yang akan pedulikan diri anda, guna akal jangan guna perasaan untuk berbuat sesuatu..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute