TEGURAN DARI MANTAN PEMIMPIN MAHASISWA UNIVERSITI LANCASTER, UK, BUAT @fahmizainol_ @PMUM1314 @promahasiswa @umprom

Oleh : Saiful Zaini Mohd Bokhari*

Fahmi Zainol dare to risk expulsion from UM. Some may say its heroic, but I say U are ULTIMATE IDIOT

Saya dulu pun a student leader juga di Lancaster University. Sentiasa vokal dan mempunyai pendapat sendiri dan tidak mahu dikongkong (mungkin sampai sekarang pun!). Tapi saya tetap berpendapat apa-apa pun tanggungjawab seorang pelajar adalah BELAJAR. Saya tahu saya akan lebih boleh menyumbang kepada agama, negara dan bangsa sekiranya saya dapat yang terbaik dlm pelajaran; menimba pengalaman bekerja dan baru boleh menyumbang LEBIH POSITIF.

Adik Fahmi, tanpa keputusan dan penampilan yang baik, anda sebagai Presiden Mahasiswa UM pun tidak akan kemana, percayalah. Takkan nak bawa ke hulu ke hilir, title MANTAN PRESIDEN PMUM - TAK LAKU TU BANG!

Memang senang sebagai pelajar lebih terarah kepada semangat "Anti Establishment", itu saya faham. Tapi itu mesti diimbangi dgn pandangan yang lebih kritikal melihat, menilai dari segala sudut; bukan semata-mata ikut emosi darah muda.

Sedarlah rata-rata pelajar melayu dalam negara, KETINGGALAN. Terlalu banyak masa digunakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berpersatuan tu bagus; tapi jangan sampai lupakan Tanggungjawab sebagai pelajar.

Pelajar Melayu ni bukan tak pandai, tetapi mudah emotional - terlampau banyak gangguan dalam negeri. Bagi saya dan kawan-kawan yang belajar di luar negeri; keadaan kami ada sedikit baik - kurang gangguan. Senior setahun kami, seramai 10 orang Pemegang Ijazah Pertama Fakulti saya, 7 orang dari Malaysia dan 5 adalah pelajar Melayu. Tahun saya; 5 orang Ijazah Pertama, 3 PELAJAR MELAYU.

Tak Kalah PELAJAR MELAYU DLM SEGI KEPANDAIAN. Tanpa GANGGUAN-GANGGUAN INI PELAJAR-PELAJAR MELAYU AKAN LEBIH BERJAYA. Saya tak pernah rasa rendah diri bersama bukan sahaja India atau Cina, tapi juga bangsa-bangsa lain sedunia. Tak kalah orang Melayu nie weah....

Saya TIDAK KATA JANGAN AKTIF, Saya tak kata JANGAN berpolitik, Saya kata Utamakan PELAJARAN. GET THE BEST GRADE; GET THE BEST JOBS & ITS EXPERIENCE; THEN PEOPLE WILL TAKE YOU MORE SERIOUSLY... INSTEAD NOW AS A PEST!

Nak jadi Pembangkang, jadi lah Pembangkang yang lebih bertanggungjawab; ada sense. Dan kalu nak jadi Penyokong Kerajaan jadilah yang BUKAN KUAT AMPU. Rakyat negara ini seperti mana-mana negara DEMOKRASI perlukan Pembangkang yang Baik dan Bertanggungjawab.... bukan MEMBANGKANG DARI LONGKANG!

Tapi sebelum itu anda sebagai Pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap Ibu Bapa dan keluarga yang impikan terbaik dari anda.

Saya pernah menjadi PENILAI dalam temuduga ke syarikat Multinational. Percaya lah... amat susah saya mencari Pelajar Melayu lulusan Dalam Negeri yang ada kelulusan yang baik dan mampu berketrampilan (berbahasa Inggeris dengan baik); bukan tidak mahu menolong pelajar Melayu... tetapi sukar mencari yang berbakat.

Mungkin ada yang boleh bercakap, berketrampilan tapi keputusan pulak yang tak baik. Yang ada keputusan yang baik, tak boleh pulak bercakap dan berketrampilan.

Alangkah baiknya Sekiranya Pemimpin-Pemimpin Pelajar ini yang sudah tentu berketrampilan berupaya mendapat Keputusan yg Terbaik....huhuhu.

Anak-anak Bangsaku.... perjalanan anda masih jauh di hadapan anda; jangan sesiakan masa depan anda...

#‎cuitorgkayahaji

* Latar belakang pendidikan penulis : Accounting and Finance. Lancaster University. CIMA (Chartered Institude of Management Accountant), 13 years in Shell Malaysia and Shell Europe. Last position in Shell Regional Finance Advisor Shell MEA (Middle East and Asia). Alumni MCKK. Now Businessman.

Post a Comment

23 Comments

  1. Sejutu sgt2 dgn pandangan saiful. Mamat fahmi terlalu emosional tnpa memikirkn pelbagai tanggungjwb2 lain. Sya tidak nmpk dia berkeupayaan berfikir secara kritis dan rasional. Just lebih kpd emosional. So satu perkataan je leh gmbrkn dia. "PEMIMPIN LONGKANG".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful has written something brilliant and should be shared by all student leaders.

      Delete
  2. Pandangan yg amat bernas dan perlu disebarkan. Pelajar Melayu sekarang ni terlalu emotional dan mudah dipengaruhi. Berpolitik tidak dihalang cuma pelajaran perlu menjadi keutamaan.

    ReplyDelete
  3. Kenapa ramai bekas pelajar mckk yang mempunyai pemikiran yang hebat? Apa yang buat kan mereka berfikiran kritis?

    ReplyDelete
  4. kami berfikiran kritis kerana kami sentiasa mahu jd yg terbaik dan x mahu kalah dgn siapa2. tp dlm masa sama kami melihat dan menilai benda positif dari org lain utk dijadikan panduan

    ReplyDelete
  5. pandangan yang bernas dan terbaik,syabas bro. bangunlan anak2 melayu.

    ReplyDelete
  6. Bagaimanakah seorang pemimpin mahasiswa universiti mempraktikkan KEPIMPINAN beliau? Kritik pentadbiran kerajaan dan selepas ditegur duduk diam sambung balik belajar? Tak perlu buat apa apa?

    Masalah ini timbul sebenarnya kerana beliau mengkritik dasar kerajaan. Sebab itulah diberi amaran boleh ditamatkan pengajian. Cuba kalau dia adalah pemimpin mahasiswa yang menyokong dasar kerajaan. Dapatlah naik bas percuma ke Stadium Bukit Jalil untuk berhimpun bersama parti kerajaan! hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn celaru...Pemimpin pelajar tugasnya bkn kritik kerajaan tugasnya adlh mmpn mahasiswa berfikir secara kritis dinamik dan inovatif, mengasah bakat kepimpinan dan mmpu bersaing di peringkat global..klu pemimpin pelajar boleh buat sesuka hati atas tiket pemimpin pelajar apa gunanya pemimpin negara?
      Banyak lagi aktiviti lain yg lbh mnjana minda mahasiswa selain dr politik...jgn jd pak pandir...jwtn kena lucut...ijazah xdpt...msuk penjara dan klykn yg tggl hnya spm...baik xpyh msuk universiti dr awal...jgn jd pak pandir...yg dikejar xdpt yg dikendong berciciran.....

      Delete
  7. Saya setuju tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar. Tapi saya percaya sebelum Fahmi berkomitmen nak jadi pengerusi pmum, pasti dah lama dia tahu kenyataan ini.

    Saya rasa apa yang Fahmi lakukan tidak salah dan bukanlah ultimate idiot seperti yang di katakan. Bagi saya dia banyak membantu memberi peluang kepada students sendiri untuk mendengar sendiri ucapan daripada bekas pelajar UM sendiri, DSAI.

    DSAI bukanlah siapa-siapa dalam UM. Dia seorang Alumni UM. Jadi apa yang menjadi masalah besar kalau seorang pelajar UM menjemput bekas pelajar UM untuk mengongsikan pengalaman sebagai UM dan keluar. Perbezaannya hanya beliau berkecimpung dalam politik selepas keluar. Sama seperti Tun Mahathir.

    Pelajar u skg dah boleh berfikir apa yang baik, apa yang buruk. Mereka bukan budak kecil yang tak boleh membuat keputusan.

    Tindakan Fahmi bukan kebodohan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aapa yang Fahmi nak sokong sebenarnya... Masalah peribadi Anaur Ibrahim atau masalah rakyat... Adakah mneyokong seorang pemimpin yang peliwat dan penzina itu suatu perjuangan..

      Delete
  8. Pelajar cuma xberpuas hati . kita negara demokrasi. Kenapa pandangan pihak lain perlu disekat atas alasan tujuan untuk mnjatuhkan kerajaan. We want academic freedom.. Bebas beri pendapat . bebas menerima pendapat . bukan disekat . biased ! We want what the fact who we are. Democracy . that is all. That is no such democracy when u just only can praise govrnment . and when u critize, u r labelled as derhaka. Jailed . Democracy ? we , youth . dont jail our mind . Um , was n intelectual univrsity , opened for various opinions. "Was"

    ReplyDelete
  9. mungkin belajar di luar negeri, kebebasan mahasiswa di sana lebih dibuka berbanding di dalam negeri..hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri kan? lebih baik 'membaikkan' hujan batu di negeri sendiri untuk membuat rumah kpd rakyat yg majoritinya bumiputera yg tiada rumah, hutang rumahnya bertingkat & yg baru sahaja dirobohkan rumahnya semalam

    ReplyDelete
  10. Belajar dulu dan dapatkan ijazah. Nak jadi pemimpin, jadi pemimpin dalam universiti dahulu. Apa jadi dengan Adam Adli. Bila kena buang siapa pun tak pandang.

    ReplyDelete
  11. tapi, setahu saya, abang fahmi ni bijak orangnya. penampilan pun baik je. handsome jugak la.
    "tanggungjawab seorang pelajar adalah BELAJAR"
    Betul. tapi definisi BELAJAR tu apa? hadap buku, and study for exams, and untuk dapat kerja?
    Pada pendapat saya, belajar, then get the best job pun, kalau jadi pembangkang, orang yang xbersehaluan tetap will NOT take him seriously and pandang dia as a PEST.
    kat Malaysia ni, ramai je yang dapat BEST JOBS & ITS EXPERIENCE tapi tanpa malunya, mengeluarkan statement2 yang tak logic. but still people sanjung. as long as sehaluan dengan mereka.

    kat mana2 tempat pun, kalau penceramah tu pembangkang, terus halang bagai penjenayah. tapi kalau pro kerajaan, siap dipaksa pergi. realiti and pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..sy stuju..knapa pihak kerajaan klo buat pape..sume boleh...pembangkang tak boleh...diorg bukan nye bodoh broo..tgk menteri malaysia skang ni dah la..kuar kenyataan yg klo sapa bace pon...dah tahu klua dri seorg yg bangang..tu menteri tuuu...

      Delete
  12. Anwar Ibrahim ketika ini berdepan dengan kes rayuan liwatnya dilihat langsung tidak mendapat sokongan dari golongan ulama PAS khususnya dari Harun Din. Kebiasaanya setiap kali kes Anwar Ibrahim di mahkamah, pastinya golongan ulama dalam PAS akan ke hadapan memimpin solat hajat berjemaah untuk Anwar.

    TULANG BESI1

    Dalam kes rayuan liwat Anwar kali ini, Haron Din langsung tidak memberikan sebarang reaksi, bahkan langsung tidak membayangkan sokongan.

    ReplyDelete
  13. Your english ain't that good either. You have your points and Fahmi there has his. Some things can only be done as a student and what was done by Fahmi is an inspiration to many of us students. Not too sure about his grades so I wont comment on that part but if he turns out to be a top scorer then your points are invalid aren't they?

    ReplyDelete
  14. Kadang2 org selalu pertikaikan apa dasar kerajaan. Selalu pertikaikan kenapa kerajaan bole dan knp pembangkang tak bole. Berhenti menjadi lembu. Bukan kerajaan yang bg korang makan. Bukan pembangkang yang bg korang makan. Buat sesuatu tue biar pakai akal. If u wan to do "something" make sure u have to be "someone". Tamatkan pengajian. Dptkan dulu ijazah baru sembang. Pmum? Pi mintak kerja pakai pmum la. Tgk dpt ke tak? Sembang kencang tak takot kena buang. Sanggup buat apa saja demi mahluk yang bergelar manusia. Sori no respect at all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak minta maaf dulu ya...Dalam tahun 70 an dulu, masa aku kat kampung dulu ada sorang kawan aku yang pergi belajar luar negara kat UK...jurusan yang diambilnya hanyalah akaun...tapi sampai 7 ke 8 tahun tak lulus lulus...Jadi bapa dia dah tak berdaya lagi nak menanggungnya, lalu disuruhnya balik ke malaysia....Nak tahu apa yang jadi, si anak ni siang malam lah dok jual temberang dengan kenkawan...menceritakan kecanggihan teknologi yang orang putih buat...Lalu dia pun menceritakan betapa hebatnya orang putih memproses sosej dan burger dengan hanya memasukan LEMBU ke dalam mesin sahaja...Ditakdirkan pada suatu hari, si anak nya duduk jual temberangnya telah didengari oleh bapanya...Apa lagi, menyirap darah bapanya...Lantas dibapa terus mengatakan bahawa "Hoi Mat, engkau jangan ingat orang putih saja hebat dengan teknologi...aku orang melayu pun hebat juga bukan setakat membuat sosej atau burger, tapi aku lagi hebat, kerana aku berjaya memasukkan SOSEJ dan terus keluar LEMBU macam kau....tak hebat ke aku????

      Delete
  15. Kenapa tidak dibentuk shj 'bakat baru' yg x berapa kriteria drpd terus mencari dan mengeluh keupayaan pelajar dlm negeri.. #pandanganperibadi

    ReplyDelete
  16. salam

    kenapa nak kena cakap orang puteh? kalau cakap melayu takut orang kata tak pandai ke?

    maksud yang lebih utama ialah, keutamaan. apa keutamaan sebagai seorang pelajar? belajar. jaga diri dan masa depan dulu. kalau nanti jadi gelandangan, siapa yang peduli?

    pelajaran tu, bukan apa yang masuk periksa sahaja. ramai yang buat kursus lain, tapi buat kerja lain bila berijazah dan berjaya. banyak ilmu boleh belajar kat U tu.

    aku setuju pendapat saiful. bukan masalah membangkang. bukan juga masalah menyokong.

    macam kata dia, jangan membangkang membabi buta, jangan menyokong membabi buta.

    cara membuat bangkangan pun penting. ada batasnya. bukan main langgar. walaupun kita belajar di U tertentu, U tu bukan kita punya. pihak pentadbiran yang bertanggungjawab menjaga U. kalau tidak dapat kebenaran. anjurlah program kita tempat lain. laman rumah kita ke contohnya. kalau orang menyewa rumah kita buat suka hati dia, kita marah juga. dia bayar sewa tapi bukan boleh buat sebarangan. kenapa nak tunjuk samseng? kenapa nak cabar? rasa hero? rasa handal? raih simpati? kesimpulan majoriti ialah tunjuk samseng dan tunjuk bodoh.

    Anwar alumni UM. aku alumni sekolah rendah kat kampung aku. kalau aku nak masuk bagi ceramah kat sekolah rendah kat kampung aku. pihak sekolah tak bagi. aku rempuh jugak pagar sekolah tu. adakah aku akan diangkat sebagai hero juga? wajar ke aku buat macam tu? takde cara lain?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.