ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 25 November 2014

PENYUSUAN IBU & MEMPUNYAI RAMAI ANAK BOLEH MENGURANGKAN RISIKO BARAH PAYUDARA

Oleh : Shahfizal Musa

KUALA LUMPUR - Penyusuan dengan susu ibu dan melahirkan lebih ramai anak boleh mengurangkan risiko barah payudara yang dialami wanita, kata seorang pakar Patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Prof Dr Aishah Md Ali dalam syarahan perdananya mengenai ‘wanita, tumor dan kanser dari perspektif pathologi’  berkata risiko wanita mengidap barah payudaya dapat dikurangkan sehingga separuh di negara-negara maju kiranya mereka mengamalkan kedua perkara itu.

Prof Aishah aktif dalam penerbitan dan telah menerbitkan sebuah buku mengenainya dan telah juga membentangkan lebih dari 130 kertas kerja di pelbagai persidangan di seluruh dunia.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang sedang menuju ke status negara maju harus mempraktikkan amalan itu yang telah pun disarankan agama Islam yang kemudiannya disahkan oleh penyelidik barat.

Di Malaysia barah menjadi punca ketiga terbesar menyebabkan kematian di hospital di mana kes barah payudara adalah punca kematian utama diikuti oleh barah serviks, usus besar, ovari, leukemia dan barah paru-paru. 

Sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan setiap bangsa mengamalkan cara hidup berbeda, risiko terhadap barah juga berbeda mengikut kaum dan perlu dikaji secara berasingan untuk dapat menyediakan rawatan yang terbaik.

Beliau memetik sebuah kajian yang dibuat ke atas ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, Melayu, Cina dan India yang menunjukkan risiko kanser payudara adalah tertinggi di kalangan kaum Cina dan paling rendah di kalangan orang Melayu. Kadar risiko mengikut kaum adalah seorang bagi setiap 16 wanita Cina, seorang bagi 17 wanita India dan seorang bagi setiap 28 orang wanita Melayu.

Etnik                               Risiko Mendapat Barah Payudara

Cina                                1:16
India                                1:17
Melayu                            1:28

Kaum Cina juga berdepan dengan risiko barah serviks yang lebih tinggi dari segi jangka hayat. Risiko pengurangan jangka hayat adalah seorang bagi setiap 40 orang Cina yang menghidap barah serviks. Manakala bagi kaum India risikonya adalah pada kadar seorang dalam setiap 50 orang dan seorang dalam 111 orang Melayu.

Etnik                               Risiko Jangka Hayat Barah Serviks

Cina                                1:40
India                                1:50
Melayu                            1:111

Lebih daripada 80 peratus kes barah serviks yang teruk terdapat di negara membangun. Kes yang teruk telah dapat dikurangkan oleh program saringan yang mampu mengenal pasti penyakit itu pada peringkat awal, kata Prof Aishah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Ir Dr Othman A. Karim; Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dato’ Dr Raymond Azman Ali, ahli akademik, pakar perubatan dan pelajar hadzir di syarahan itu. 

Sumber : UKMNews

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute