ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 28 November 2015

[FAIL LAMA] PETRONAS FP1 : MOTOSIKAL RAKYAT?




Oleh : Jebat

Korang maybe terlupa yang pada satu masa dahulu Petronas pernah terlibat secara langsung dalam pembinaan motosikal berkuasa tinggi. Petronas sebelum ni ada bercita-cita nak keluarkan motorsikal superbike. Maka Petronas pun mulalah berkerjasama dengan Sauber Petronas Engineering AG

Sesapa yang tak kenal dengan Sauber Petronas Engineering AG (singkatan : SPE) ni, meh aku nak story sikit latar belakang syarikat ni. Syarikat ni adalah syarikat usahasama Petronas dan Sauber dimana stake holder terbanyak adalah Peter Sauber yang memegang ekuiti saham sebanyak 60%, manakala baki saham daripada itu adalah milik Petronas sebanyak 40%. Syarikat ni ditubuhkan sewaktu Petronas mula menjadi penaja kepada pasukan formula satu Sauber atau namanya Reb Bull Sauber.

Tugas utama syarikat ni adalah R&D enjin untuk Pasukan Sauber F1, sedangkan natijahnya, Sauber F1 ni guna enjin Ferrari. Ringkas cerita syarikat ni juga ada sumbangan kepada Proton dalam penghasilan enjin dan projek sakit Petronas : Petronas GP (Selepas tu dinamakan Petronas FP1).

Tak tau aral melintang, tiba-tiba Motor superbike yang dibina ni tak boleh dibawak masuk ke Malaysia. Dan dengar khabar hanya beberapa buah sahaja terjual. Salah satunya ada di Swiss. Dan dikatakan hampir 129 buah motor ini tersimpan di  Basildon, Essex, UK dan tak dibawa ke Malaysia.

Tapi baru-baru ni, ada usaha nak bawak masuk Petronas FP1 ni ke Malaysia dengan nama baru > MOMOTO MM1. Tapi dengar khabarnye plak, Petronas kena saman dengan syarikat Momoto ni sebab Petronas Technical Team hanya daftarkan dua buah motorsikal ni dengan JPJ.



Cer tanya, pada tahun 1996 sehingga 2003 ni, sapa PM nya? Dan cuba tanya apa rasionalnya syarikat Petroleum terlibat secara langsung dalam program pembanggunan enjin. Kalau program pembanggunan teknologi minyak tu kira oklah. Ni enjin. Kenapa tak suruh jer Proton or Modenas yang bangunkan enjin? Kenapa Petronas? Tak ke tu dah lari dari 'main business' Petronas? :P

Apa-apa pun nak salahkan dia pun tak boleh gak kan? PM tu hanya merancang, dan dia tak ada kuasa nak menentukan kesudahannya. Jadi apa nak buat.... Diam jer laaa...

Cuma satu jer la nak tanya : Apa rakyat dapat dari hasil Motosikal ni? Nak kata dijual, berapa orang jer bleh beli. Tu pun bukan mudah nak dapat. Benda rare. Dan kalau rare, pastilah harganya super duper mahal. Yang pasti, EX5 Dream gak jadi pilihan. :P

Rujukan :

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/petronas-unit-sued-for-rm260-million-over-contraband-superbikes

https://en.wikipedia.org/wiki/Petronas_FP1

http://www.asphaltandrubber.com/popular/momoto-sues-petronas-fp1/

http://www.visordown.com/motorcycle-news-new-bikes/foggy-fp1-reborn/21060.html

http://us.ridexperience.metzeler.com/2012/04/top-secret-petronas-fp1-ridden-2-2/

http://www.motorcyclenews.com/news/2013/june/jun0613-smoggy-petronas-f1/

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute