ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 7 August 2012

TAZKIRAH RAMADHAN : JANJI DITEPATI


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?

Mari kita baca dan dalami Janji Nabi kepada Suraqah seorang sahabat yang dijanjikan Nabi akan mendapat gelang kebesaran raja Parsi.

Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah bin Malik. Suraqah sangat berhajat untuk membunuh Rasulullah kerana pihak Quraisy telah berjanji akan menghadiahkan ribuan ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh baginda.

Tetapi ketika beliau menghampiri Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama  belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.

Ketika itulah Rasulullah menasihati Suraqah agar memeluk Islam. Jika Suraqah masuk Islam, baginda berjanji akan menghadiahkannya  gelang kebesaran kerajaan Parsi. Sekali fikir, janji Rasulullah itu memang tidak masuk akal. Manakan tidak, waktu itu Islam masih terlalu kerdil dan baru hendak membina daulahnya, sedangkan kerajaan Parsi sudah pun menjadi satu kuasa dunia !

Tetapi janji Rasulullah memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab, pada tahun 636 Masihi. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan Rasul-Nya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik sambil berkata : “Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik”.

Rasulullah juga pernah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekali gus.

Moral : TEPATI JANJI, KERANA ITU ADALAH SUNNAH NABI.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute