ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 13 January 2013

HADI AWANG TERLUPA NIK AZIZ???


Oleh : AJ 

Setelah bloggers dan macai Pakatan GAGAL membawa HUJJAH yang kukuh lagi konkrit dari badan-badan BEBAS, dalam menafikan hujjah kami mengenai kedatangan KAKI DEMONSTRATOR di STADIUM MERDEKA, kini amanat Hadi Awang yang diucapkan oleh PRESIDEN PAS ini pula dijadikan 'HIGHLIGHT' dikalangan penganutnya, pentaksubnya pengikutnya.

Amanat yang kami namakan AMANAT SHAMSIDAR 2.0 ini dengan jelas menyatakan pandangan Hadi Awang yang melihat UMNO terlalu lama memerintah negara Malaysia yang bertuah ini. Bagi kami ianya satu kenyataan yang tidak benar dan tidak tepat. Hadi Awang membandingkan UMNO yang merupakan sebuah organisasi politik dengan individu-individu personaliti politik, ianya bukan sahaja menyalahi etika perbandingan tetapi menunjukkan kebodohan Hadi Awang dalam membawakan hujjah yang tepat. Antara PERSONALITI POLITIK yang dikaitkan dengan kejatuhan ialah; 

a) Marcos (21 Tahun memerintah Filipina dari 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986)

b) Ben Ali (24 Tahun memerintah Tunisia dari 7 November 1987 – 14 January 2011)

c) Suharto (30 Tahun memerintah Indonesia dari 27 Mach 1968 – 21 Mei 1998)

d) Husni Mubarak (30 Tahun memerintah Mesir dari 14 Oktober 1981 – 11 Februari 2011)

Sedangkan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah pun adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun. Berikut senarai PERDANA MENTERI MALAYSIA berserta tempoh jawatan yang dipegang :

1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957–1970) - 13 Tahun menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia

2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (1970–1976) - 6 Tahun menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

3. Tun Hussein bin Dato' Onn (1976–1981) - 5 Tahun menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

4. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981–2003) - 22 Tahun menjadi Perdana Menteri selain Perdana Menteri paling lama dalam Sejarah Malaysia.

5. Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003–2009) - 6 Tahun menjadi Perdana Menteri dan meletakkan jawatan dengan cara terhormat selepas kekalahan teruk Barisan Nasional pada PRU12

6. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (2009-Kini) - 4 Tahun dengan mandat Perdana Menteri terdahulu.

Baik. Sekarang kita lihat pula kepada Menteri Besar Kelantan, NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990. Dan masuk tahun ini, sudah 23 tahun beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Waima Nabi S.A.W sendiri pun tak pernah pegang kuasa pemerintahan selama itu. Nabi S.A.W sendiri menjadi Rasul selama 20 tahun, atau dengan lebih tepat Nabi S.A.W menjadi ketua negara Madinah selama 10 tahun sahaja. 

Berdasarkan fakta ini ternyata yang perlu diturunkan adalah NIK AZIZ NIK MAT. Tetapi kenapa INDIVIDU ini TAK DISEBUT sebaliknya ORGANISASI UMNO pula yang menjadi sasaran HADI AWANG??? 

2 comments:

  1. SEBENARNYA DALAM HATI HJ HADI CAKAP " SI TUA KUTUK NI TAK RETI BAHASA BETUL, DAH BYK KALI AK SINDIR PUN BUAT PEKAK BIAWAK JER, SEKEH KEPALA TU BARU DIA TAU, NATE BERUK NIK AZIZ NI...." hehehehe

    ReplyDelete
  2. Mungkin Nik Aziz kurang dengar kot....tu yang 23 Tahun tak dengar-dengar orang suruh dia letak jawatan

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute