Oleh : AJ
Macai-macai Pendokong dan bloggers Pakatan masih GAGAL sampai ke sudah menafikan hujjah kami dalam artikel yang lepas mengenai bilangan peserta demonstrator yang terlibat dalam himpunan #HKR112. Secara tiba-tiba datanglah mereka membawa seorang Pakar Matematik menyatakan bahawa 700,000 peserta dalam perhimpunan berkenaan.
Namun hujjah itu dapat disangkal dengan ketidak logikkan seorang peserta boleh bergerak dari satu lokasi hingga ke Stadium Merdeka tanpa ada ruang antara satu individu dengan individu yang lain. Malah berdasarkan perkiraan beliau didapati, setiap peserta yang berdemo akan melanggar kaki pendemo dihadapan dalam setiap pergerakkan menuju ke Stadium Merdeka.
Berdasarkan laporan dari media antrabangsa Al-Jazeera yang berpengalaman dengan pelbagai jenis demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia dan lain-lain tempat, agensi berita yang berpusat di Qatar itu tetap yakin dengan anggaran 45 Ribu peserta sahaja yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Ini sekaligus menafikan dakwaan 100 ribu peserta telah hadir dalam perhimpunan berkenaan seperti yang digembar-gemburkan oleh media pembangkang.
Walaupun ada pihak yang tidak mampu menerima kenyataan ini, namun apa yang jauh dan lebih penting disini ialah, PAKATAN SEKALI LAGI GAGAL MENUNAIKAN JANJI MEMBAWA 1 JUTA PENYOKONG MEREKA ke dalam perhimpunan pada kali ini. Hatta Kerajaan Selangor dibawah pimpinan MB PKR sendiri gagal menarik 1 juta dari jumlah 5.2 Juta rakyat Selangor untuk tampil berdemo.
Timbul pula alasan dipihak pembangkang kononnya angka 1JUTA itu bukanlah satu angka yang digambar atau yang ditetapkan. Malah poster-poster yang dikeluarkan dengan perkataan "1JUTA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT" 'dihilangkan' beberapa hari sebelum #HKR112. Malah yang dicetak pada banner hanyalah "HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT"
Namun bersandarkan kepada kenyataan Hismuddin Rais Al-Pluralist, dengan jelas beliau menyatakan angka 1JUTA RAKYAT akan bersama dengan gerakan pembangkang untuk menjatuhkan pemerintah. Malah dengan angkuhnya Hishamudin Rais menyatakan 1JUTA telah bersiap sedia menawan Stadium Merdeka. Tetapi apa yang kelihatan sepertimana yang dilaporkan oleh Minaq Jinggo ternyata berbeza.
Masih banyak lompang di sekeliling Stadium Merdeka. Jika dalam ruangan Stadium pun masih tidak sesak dan tidak penuh, adakah angka 700,000 itu satu angka yang tepat? Sudah pasti tidak!!!!
Untuk gambaran yang lebih jelas. Sila layari laman foto Minaq Jinggo (Jurufoto bebas)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.