PRU 13 : SAKSIKAN USTAZ FATHUL BARI DI TV AL-HIJRAH MALAM INI!!!

Oleh : Jebat

Saksikan Calon Sanglang Ustaz Fathul Bari secara lansung di TV AL-HIJRAH, pukul 10 Malam ini, dalam program khas sempena pilihanraya umum yang ke 13 dengan tajuk "Adab-Adab Berkempen". 

Latar belakang UFB

Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahaya merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam arena dakwah di Malaysia. Dibesarkan dalam keluarga yang memiliki latar belakang pendidikan agama. Bapanya, Dato’ Alim Panglima Haji Mat Jahya bin Haji Hussin merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis dari tahun 1984 sehingga 2004. Dilahirkan pada 4 November 1980, anak pertama daripada 4 orang beradik ini telah mendapat pendidikan peringkat Menengah di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke program Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama setahun sebelum berangkat ke Madinah pada tahun 2000 bagi menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hadis di Universiti Islam Madinah. 

Sejurus  menamatkan pengajian di Madinah, beliau menyambung pula pengajiannya diperingkat Sarjana (Master) di Universiti Yarmouk, Jordan. Setelah berehat setahun dan memfokuskan kepada aktiviti dakwah, beliau menyambung pelajaran pada peringkat tertinggi, Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Selain menjadi pendakwah bebas dengan mengadakan kelas-kelas pengajian sekitar Lembah Klang, bekas juara pertandingan hafazan Al-Quran 1992, 1994, dan 1995 ini juga giat berdakwah melalui media massa. Beliau merupakan penulis tamu di Utusan Malaysia, Malaysiakini, Harian Metro selain pernah menjadi moderator dalam program TV Hello Malaysia (Bernama TV), Tanyalah Ustaz (TV9) dan di TV Al-Hijrah. 
Tidak terhad di Malaysia, Ustaz Fathul Bari juga melebarkan usaha dakwahnya di negara-negara luar seperti di Australia, Brunei, dan Indonesia. 

Dalam pilihanraya umum ke 13 ini, Ustaz Fathul Bari telah diberikan amanah oleh Perdana Menteri, Dato’ Najib Tun Razak untuk menjadi calon Barisan Nasional bagi mengembalikan Sanglang ke dalam gengaman BN setelah 3 penggal di dalam kekuasaan pembangkang.

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.