PRU 13 : TRANSFORMASI PM BN

Oleh : Beruang Biru

Telah banyak usaha dan giat kerajaan terutamanya melalui inisiatif Datuk Seri Najib Razak sendiri bagi memastikan keseimbangan semua kaum dapat dicapai. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah termasuk program Transformasi yang menyentuh kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. 

Sokongan kepada PM dapat dilihat peningkatannya terutamanya akhir-akhir ini. Tidak ketinggalan kaum Cina yang semakin bersatu dan menyokong penuh barisan kepimpinan di bawah pemerintahan Najib. Menyentuh mengenai kaum Cina ini, golongan mudanya telah menampakkan satu sisi yang positif dimana mereka lebih bersikap terbuka dan matang. Ini adalah kerana usaha PM sendiri yang mengambil pendekatan mendekati rakyat melalui media sosial. 

Dan perkara itu telah memberi impak yang besar melibatkan golongan muda kaum Cina dari segi penerimaan mereka. Keterbukaan dan kematangan yang ditunjukkan dilihat positif kerana ternyata ianya disambut baik oleh mereka. 

Antara usaha-usaha PM yang menggunakan media sosial ialah berinteraksi secara langsung bersama PM seperti melalui Twitter dan Facebook. Secara hakikatnya, ini merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat dan membolehkan mereka berhubung tanpa had. 

Ramai maklum bahawa generasi muda sekarang lebih gemar sesuatu yang bersifat 'up to date' kerana ianya seiring dengan perkembangan mereka. Hasil usaha PM untuk berinteraksi melalui laman sosial, kini golongan muda Cina kini lebih berminat untuk mengambil tahu tentang politik tempatan. 

Satu lagi kesan jangka panjang yang baik untuk BN terutamanya dalam memastikan mereka berada seiring dan sejalan dengan generasi muda. Secara tidak langsung, mereka turut mengagumi sikap PM yang lebih terbuka dan peramah. Ini mendapat reaksi dan perhatian dari Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Menurut beliau, PM amat memahami jiwa dan aspirasi golongan muda.

Oleh sebab itu, banyak inisiatif yang diambil PM dan kerajaan sendiri bagi memenuhi kehendak bakal tunggak pimpinan negara ini. Mereka adalah aset yang perlu dijaga dengan elok dan rapi agar kesannya dapat dirasai pada masa akan datang. 

Golongan muda tidak kira apa jua kaum dan bangsa perlu diberi pendedahan dan maklumat yang cukup agar timbang tara dan penilaian dapat dilakukan mereka. Ini penting bagi memastikan mereka memahami sepenuhnya perjalanan pentadbiran sesebuah negara melalui sebuah kerajaan.

Post a Comment

0 Comments