SETELAH GAGAL DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI OLEH YANG DIPERTUAN AGONG. ANWAR DILANTIK MENJADI KETUA PEMBANGKANG OLEH LIM KIT SIANG.

Oleh : Beruang Biru 

Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya.  Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat. Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.  

Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.  Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.   

Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik. Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000. Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.    

Kemerosotan sokongan tentunya merupakan tamparan hebat kepada seorang politikus tegar seperti Anwar. Apatah lagi yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan keputusan yang memalukan itu, Anwar seharusnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang sebagaimana seorang pemimpin yang bermaruah.  

Namun, kita tahu bahawa ‘maruah’ sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar. Anwar mungkin mempunyai ‘ego’, tetapi bukan ‘maruah’. Malah, walaupun kekalahannya adalah jelas, Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.  

Sedangkan, kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon. Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri. Bagaimanapun, Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya.  

Bagi seorang yang popularitinya sendiri telah merosot di tempat sendiri, Anwar seharusnya berfikir dua kali sebelum membawa hujah ini. Ini kerana jika mengikut undi terhadap dirinya sendiri, sudah jelas bahawa Anwar tidak popular lagi, begitu juga dengan partinya. Malah, media antarabangsa yang sebelum ini memujinya juga sudah mula sinis terhadapnya.  

Dalam dua tiga hari sebelum dan selepas pilihanraya, media barat pantas menyedari perwatakan Anwar yang penuh dengan ‘lakonan’ sehinggakan Financial Times menggambarkannya sebagai penghibur kelab malam. Seorang wartawan lain, Nile Bowie pula mendedahkan strategi politik Anwar yang dirujuknya sebagai ‘mempolitikkan penipuan’ kerana terlebih dahulu menuduh SPR tidak telus dan menggerakkan protes, lama sebelum pilihanraya berlangsung lagi.  

Nampaknya sebagai ‘penghibur’ juga Anwar tidak popular kerana tidak mampu menarik hati wartawan barat itu. Justeru, sebagai pemimpin tentulah jauh lebih tidak layak lagi.  

Namun, menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil. Sedangkan jika mengikut populariti, jawatan tersebut perlu diserah kepada DAP yang memenangi sehingga 38 kerusi iaitu satu peningkatan yang banyak dari 28 kerusi dalam PRU-12.  

Oleh itu, sebelum Anwar mengerahkan penyokongnya memprotes di jalanraya, beliau harus terlebih dahulu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP. Apa gunanya berhujah atas alasan populariti jika tidak berani bertindak berdasarkan hujahnya sendiri?

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.