[DOWNLOAD E-BOOK PERCUMA] SYIAH : DIANTARA KECUAIAN 'ULAMA' DAN KEBINGUNGAN UMMAH

Oleh : Jebat dan Admin Darulkautsar.net

Apa itu Syiah?

Ada yang menganggap ianya mazhab ke-5 dalam ISLAM. Benarkah? 

Ada pula yang menganggap SYIAH adalah kumpulan penyokong ALI R.A...Benarkah?

Jawapan yang pertama : SYIAH bukan MAZHAB dan tidak ada kaitan dengan ISLAM. Syiah adalah agama cetak rompak yang didalamnya mempunyai ajaran-ajaran Yahudi yang diubah suai mengikut 'kesedapan' para 'Rabai' mereka. Mereka nampak ISLAM. Macam ISLAM. Tetapi Aqidah mereka ternyata sonsang. Syahadah mereka berbeza, azan mereka berbeza, quran mereka berbeza dan banyak lagi perbezaan yang ketara.

Untuk jawapan yang kedua : Itulah yang diakui oleh pengikut Syiah. Mereka mendakwa diri mereka sebagai pengikut Ali R.A. Tetapi tahukah anda, ABDULLAH BIN SABA', pengasas kepada AGAMA SYIAH yang mengaku setia pada Ali R.A pernah ditangkap dan dihukum bunuh oleh khalifah ke-4 tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. (Rujuk :  Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108.  (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.)

Oleh itu, seharusnya masyarakat Malaysia menyedari betapa bahayanya ajaran ini. Usah terpengaruh dengan perwatakkan mereka seperti berserban, berjubah, berjanggut, zuhud, menentang Israel, kerana yang pasti, itu semua adalah sandiwara SYIAH dihadapan ahli sunnah.

Maka kami menjemput saudara-saudari rakan pembaca untuk muat turun buku "SYIAH RAFIDHAH : Antara kecuaian 'Ulama' dan kebingungan ummah." Baca dan fahami agar kita tidak tertipu dengan mereka. 

Apa Yang Boleh Diperolehi Melalui Buku Ini?

Apakah ajaran Syiah itu dan siapakah Syiah Rafidhah? Buku ini membongkarnya.

Adakah Syiah itu merupakan satu daripada mazhab-mazhab dalam Islam atau ia merupakan agama yang tersendiri? Buku ini akan menjelaskannya kepada anda.

Apakah punca kekeliruan sesetengah ulama tentang Syiah dan bilakah bermula usaha-usaha pendekatan antara Sunnah dan Syiah? Buku ini menyingkap kembali sejarahnya.

Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh pengembang-pengembang Syiah untuk mengeliru dan membingungkan ummah? Buku ini mendedahkannya.

Akhir sekali apa pula pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa ulama muktabar di sepanjang sejarah tentang Syiah? Buku ini memaparkannya di hadapan anda.




Post a Comment

0 Comments