ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 19 June 2013

PUSAT SYIAH TERBESAR WUJUD DI PERAK?

Oleh : Admin Sungai Rapat Online

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, YB Dato’ Hamidah Osman mendedahkan penyebaran fahaman syiah di negara ini termasuk di Perak semakin menular dan membimbangkan kerana fahaman itu boleh memecah-belahkan perpaduan dikalangan umat Islam sekiranya tidak dibendung segera.

Sambil melahirkan kebimbangannya, Hamidah menggesa pihak berkenaan termasuk Majlis Agama Islam Perak bertindak tegas memantau kegiatan penyebaran fahaman itu di negeri ini sebelum terlambat.

``Ini satu perkara yang amat membimbangkan kerana ia menjadi satu ancaman kepada umat Islam dan kita tidak mahu fahaman-fahaman seperti ini memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

``Elemen-elemen yang menyemai bibit-bibit perpecahan dikalangan umat Islam sudahpun dilakukan seperti isu kalimah Allah dan kita harapkan isu penyebaran fahaman syiah dapat dicegah sebelum terlambat,’’ katanya kepada media di Program Bersarapan Pagi bersama penduduk di Warung Che Azmi Taman Sri Sayang Pengkalan Barat.

Menurut Hamidah, penyebaran fahaman syiah yang semakin menular di Perak itu telah dimaklumkan kepadanya oleh seorang pegawai Majlis Agama Islam Perak.

Menurut beliau, pegawai terbabit memaklumkan kepadanya bahawa tahap penyebaran fahaman syiah di kalangan rakyat Malaysia sudah menular malah Perak dikenalpasti sebagai salah satu tempat yang menjadi pusat gerakan mereka.


1 comment:

  1. kita wajib benteras syiah abis2an kerana mereka bukan ajaran Islam.

    tetapi umno jgn ambil kesempatan kerana adanya cubaan menyusup syiah dalam PAS, maka dihentam PAS abis2an.

    walaupun kita khuatir pengaruh syiah salam PAS tetapi umno memberi gambaran berlebihan demi meraih sokongan politik.

    kita tolak syiah sama juga kita tolak sekular nationalisma dan pragmatisma.

    jika umno tk ikhlas benteras syiah semata2 utk hukum PAS, maka tunggu munculnya tokoh2 syiah dlm umno pula. syiah pun sesuai dan lebih mudah menyerap dlm umno sebb pengikut umno tk minat agama sgt. syiah pula tawarkan byk kemudahan..solat jumaat tk wajib, blh mutaah, solat dihimpunkan awal dan hujung waktu.

    tunggulah akan muncul juga syiah dpd umno nanti.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute