ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 11 July 2013

[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] FATHUL BARI SYARAH SAHIH AL-BUKHARI JILID 2

Dipetik dari  : Atsar Ilmu Sunnah

Kitab Fathul Bari ini adalah antara karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Ia memiliki kedudukan yang tinggi sebagai rujukan utama dunia ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini. Perbahasannya begitu teliti lagi mendalam dalam memberi syarah, huraian, dan penjelasan terhadap hadis-hadis yang dihimpunkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya. Sumbangan dan usaha beliau ini begitu berharga lagi bernilai tinggi dalam dunia Islam. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.

Siapa Al-Hafiz Ibnu Hajar?

Beliau adalah  al-Imam al-Hafiz Syaikh al-Islam Shihaab al-Din Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajr al-Syafi‘i al-‘Asqalaani. Beliau berasal dari keluarga yang menetap di ‘Asqalaan di Palestin tetapi dilahirkan pada 23 Sya‘ban tahun 773H di Kaherah Mesir setelah keluarganya berpindah ke sana. Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan Ibn Hajar, al-Kinani, dan al-‘Asqalāni.

Bapa beliau adalah seorang yang berilmu, ahli sastera, dan seorang yang berharta. Tetapi bapa beliau meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi. Tugas mendidik Ibnu Hajar telah diambil alih oleh al-Khwaja Abu Bakar bin Ali al-Kharrubi (Wafat: 787H) salah seorang kerabat bapa beliau yang juga seorang saudagar besar di Mesir. Al-Hafiz Ibnu Hajar telah mendapat pendidikan yang sempurna dan kebijaksanaannya telah terserlah sejak kecil lagi. 

Beliau sempurna menghafal al-Qur’an seawal usia 9 tahun. Beliau juga dipelihara oleh Shams al-Din Muhammad bin ‘Ali bin al-Qattan al-Misri (Wafat: 813H). Dan beliau juga memiliki kekuatan daya ingatan yang tinggi.

Dalam usaha menguasai pelbagai aspek ilmu, beliau telah melakukan pelbagai pengembaraan ilmiyah dan berguru dengan ramai ulama.

Sepanjang hidupnya beliau curahkan seluruh kudrat untuk mendalami ilmu sampailah beliau dikenali sebagai seorang ulama tersohor lagi manpan terutamanya dalam bidang ilmu rijal, hadis, sejarah, dan fiqh.

Atas kapasiti ilmunya yang manpan lagi diakui, beliau turut menjawat beberapa jawatan penting dalam struktur kerajaan Mamaluk di Mesir ketika itu seperti mengeluarkan fatwa-fatwa dan menjadi Qadhi al-Qudat asy-Syafi‘iyyah.

Di samping menggalas tanggungjawab berfatwa dan menjadi Qadhi, beliau tetap komited dalam meningkatkan tahap keilmuannya, mengajar, dan berkarya dalam masa yang sama. Beliau menjadi tenaga pengajar utama di beberapa buah madrasah yang masyhur seperti di al-madrasah al-Syaikhuuniyyah, al-Mahmuudiyyah, al-Hasaniyyah, al-Bibarsiyyah, al-Fakhriyyah, al-Saalahiyyah, al-Mu’ayyidiyyah dan beberapa buah madrasah terkenal lainnya.

Untuk membeli kitab ini secara bentuk fizikal, sila layari ;

http://atsar.ilmusunnah.com/

atau

http://www.ilmu-islam.com

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute