ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 1 September 2013

VIDEO PENUH DR. FATHUL BARI 'SEKOLAH'KAN TIMBALAN KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT



PENDIRIAN RASMI USTAZ DR. FATHUL BARI BERKENAAN ISU MESIR

Oleh : Dr. Fathul Bari

1. Perbuatan merampas atau cubaan merampas kuasa pemerintahan dari mana-mana pemerintah Islam adalah haram dan ditegah oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

2. Malah larangan baginda terhadap perbuatan ini adalah begitu tegas yang mana baginda memerintahkan kita membunuh orang kedua yang datang untuk cuba merampas kuasa dari pemerintah yang sedia ada.

“Jika dibaiat dua orang khalifah maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.”
(HR Muslim)

3. Sesiapa yang berada dalam keadaan terpisah hatta sejengkal dari pemerintah sah kaum Muslimin, (walaupun mereka benci pemerintah tersebut) dan mati dalam keadaan batil seperti itu, disabdakan Baginda sebagai mati jahiliyyah.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa yang melihat Amirnya berbuat sesuatu yang dia benci, maka hendaklah dia bersabar karena tidak ada seorangpun di kalangan manusia yang keluar dari sulthan sejengkal, kemudian dia mati atas perbuatannya ini melainkan dia mati secara jahiliyyah." (Bukhari 4/313 dan Muslim 3/1478)

4. Pemerintah pula haruslah berbuat baik kepada rakyat mereka. Haram bagi pemerintah untuk berlaku zalim pada rakyatnya!

5. Pemerintah yang baik akan diberkati dan dirahmati Allah, pemerintah yang zalim pula akan dilaknati Allah dan sudah pasti tidak akan terlepas dari balasan seksa dari allah Ta’ala.

6. Kezaliman dan pertumpahan darah (tanpa hak) adalah dilarang di dalam Islam.

7. Pemerintah Muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut Islam.

Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al-Asqalani (wafat 852h) yang mengulas hadith di dalam Sahih Al-Bukhari: telah ijma' ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam (pemerintah) yang merampas kuasa imam sebelumnya. Dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah (yang lebih buruk).

8. Demikianlah sifat para sahabat dan para ulama salafusoleh dalam mendepani pemerintah yang merampas kuasa. Apabila Bani Abbasiyah merampas kuasa dari Bani Umayyah, mereka tetap diiktiraf sebagai penguasa walaupun mereka melakukan pelbagai kekejaman dan kezaliman dengan membunuh manusia dari pelbagai kalangan terutamanya pemimpin dan tokoh bani Umayyah. Hatta kubur-kubur khalifah-khalifah Bani Umayyah dikorek dan mayat mereka dibakar! Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Sa’ad, Atha’ bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar.

9. Oleh yang demikian itu kita sepakat untuk tidak bersetuju dengan tindakan tentera yang menumpahkan darah. Mana mungkin individu Muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Maka, para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya Mufti Madinah Syeikh Soleh Suhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta (rampasan kuasa) beliau menyarankan supaya rakyat Mesir pulang ke rumah. Ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.

10. Hal ini bertepatan dengan hadith Nabi Sallahu 'Alai Wa Sallam maksudnya, "Apabila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian, pukullah pedang-pedang kalian di batu, lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat Ahmad)

11. Maka pesan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah. Oleh kerana itu Muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.

12. Namun oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah:


وَأَعِدّوا لَهُم مَا استَطَعتُم مِن قُوَّةٍ وَمِن رِباطِ الخَيلِ تُرهِبونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُم وَءاخَرينَ مِن دونِهِم لا تَعلَمونَهُمُ اللَّهُ يَعلَمُهُم ۚ وَما تُنفِقوا مِن شَيءٍ فى سَبيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيكُم وَأَنتُم لا تُظلَمونَ

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" (Al-Anfal: 60)

13. Maka apa kekuatan rakyat Mesir ketika ini? Batu? Demonstrasi? Pembesar suara? Astaghfirullah.

14. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam membina kekuatan dengan berhijrah.

15. Sebelum hijrah, berapa ramai sahabat nabi saw dibunuh kerana memeluk Islam? Sumaiyah dan ahli keluarganya, Bilal bin Rabah diseksa. Demikian Ibnu al-art diseksa.
Namun apa tindakan Nabi? Demo? Bakar semangat supaya semua turun di jalanan? Berperang dengan Arab Jahiliyah yang kuat ketika itu? 

Jawapannya TIDAK! Bahkan sama sekali TIDAK. Nabi SAW himpun kekuatan dengan berhijrah.

16. Manakala keadaan rakyat Mesir pada hari ini, sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah (kesemuanya). Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Andai pihak kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka, maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi, sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang berbanding dengan provokasi antara kedua pihak yang berlangsung di dataran-dataran umum.

17. Darah umat Islam haram ditumpahkan. Dari sahabat Abu Bakrah menuturkan, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk diatas untanya sementara orang-orang memegangi tali kekang unta tersebut. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Hari apakah ini? '. Kami semua terdiam dan menyangka bahawa Baginda akan menamakan nama lain selain nama hari yang sudah dikenal. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bukankah hari ini hari Nahar?" Kami menjawab: "Benar". Nabi sallallahu 'alaihi wasallam kembali bertanya: "Bulan apakah ini? '. Kami semua terdiam dan menyangka bahwa Baginda akan menamakan nama lain selain nama bulan yang sudah dikenal. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bukankah ini bulan Dzul Hijjah?" Kami menjawab: "Benar". Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian sesama kalian haram (suci) sebagaimana sucinya hari kalian ini, bulan kalian ini dan tanah kalian ini. (Maka) hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir, kerana orang yang hadir semoga dapat menyampaikan kepada orang yang lebih faham darinya". (Sahih Al-Bukhari)

18. Kekhilafan (perbezaan pendapat) yang berlaku bukanlah pada isu kekejaman dan kezaliman terhadap rakyat Mesir, sebaliknya adalah pada pengiktirafan Al-Sisi sebagai pemerintah walaupun kita membenci tindakannya.

19. Seperti mana pembangkang pada hari ini yang "mungkin" membenci kerajaan yang memerintah akan tetapi hakikatnya mereka mengiktiraf kerajaan BN sebagai kerajaan yang sah.

20. Saya mengulas isu ini menurut perspektif Islam berlandaskan Quran dan Hadith bukan demokrasi.

Dr. Fathul Bari Mat Jahaya
CEO Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU).

Komen PM : Malulah...Orang cakap berdasarkan perpektif Al-Quran dan Hadis dia sibuk nak bercakap guna perspektif Demokrasi.... Baik tukar jer laa nama parti tu kepada Parti Demokrasi Se-Malaysia....Wakakakakh. Oh ya, UFB pada malam berkenaan tidak mewakili UMNO sebaliknya mewakili Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU)

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute