ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 27 December 2013

LAPANGAN TERBANG MESRA "MUSLIM" DI JEPUN

Dipetik dari : Nikkei Asian Review
Transliterasi oleh : Jebat

TOKYO, 22 DISEMBER 2013 : Beberapa buah lapangan terbang antarabangsa di Jepun kini giat mempertingkatkan kemudahan bagi umat Islam agar dilihat lebih 'mesra muslim' ekoran peningkatan mendadak pelawat dari dunia Islam sejurus kerajaan Jepun melonggarkan syarat pengeluaran visa.

Penyediaan bilik solat selain penyediaan makanan halal antara usaha yang diambil oleh pihak pengurusan lapangan terbang bagi memberikan kemudahan kepada pelancong Islam yang melawat negara matahari terbit tersebut.

Seorang pegawai yang bertugas berkata, mereka kini sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung yang melawat Jepun. Ini sebagai salah satu persiapan awal menjelang temasya Sukan Olimpik yang bakal berlansung di Tokyo, Jepun pada tahun 2020.

Pada 1 Disember yang lalu, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Chiba telah meletakkan tanda baru "Bilik Senyap" kepada "Bilik Sembahyang" bagi umat Islam di hadapan bilik peribadi di terminal pertama dan kedua. Setiap bilik dibentangkan dengan permaidani dan penunjuk arah kiblat bagi memudahkan umat Islam mengetahui arah kiblat. 

Walaupun "Bilik-Bilik Senyap" atau "Private Room" ini telah lama wujud di Lapangan Terbang Narita, namun kebanyakkan Umat Islam tidak menggunakan bilik tersebut ekoran tidak ada penunjuk sebenar yang menggambarkan bilik tersebut adalah "Surau".

"Sebelum ini, orang Islam menunaikan solat di banggunan terminal sejurus tiba di Narita ekoran ketiadaan maklumat mengenai kewujudan bilik-bilik tersebut" Ujar seorang ahli Komuniti Islam Jepun.

Pada 1 Julai yang lalu, Kerajaan Jepun telah memberi pengecualian Visa bagi pemegang passport biometrik dari Malaysia selain melonggarkan syarat visa untuk rakyat Indonesia dan tiga lagi negara anggota Asean yang lain. Untuk rekod, Umat Islam di Malaysia dan Indonesia merupakan antara komuniti Islam terbesar di Asia Tenggara. 

Indonesia yang memiliki kepadatan penduduk sebanyak 240 juta, dimanana 90% daripada jumlah tersebut adalah mereka yang beragama Islam manakala di Malaysia komuniti muslim membentuk majoriti 60% dari 29juta warganegara Malaysia. 

Seramai 28,000 umat Islam melawat Jepun yang kebanyakkannya dari Indonesia dan Malaysia pada bulan Oktober, peningkatan 40% dari tahun sebelumnya.

Seorang pegawai perhubungan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita berkata, pengendali lapangan terbang berhampiran Tokyo perlu sama melakukan promosi dan publisiti dengan kewujudan surau berkenaan.

"Kami akan berusaha untuk mewujudkan sebuah lapangan terbang mesra pengguna untuk orang Islam dan orang lain yang akan melawat Jepun untuk Sukan Olimpik," kata pegawai itu.

Pihak pengurusan lapangan terbang telah mula mengambil langkah-langkah efektif. Sebagai contoh, pada Januari tahun hadapan, pihak pengurusan lapangan terbang akan mula menyediakan tempat berwuduk bagi memudahkan umat Islam mengambil wuduk.

Menjelang musim panas yang akan datang pula, pihak pengurusan lapangan terbang akan menambah dua buah 'Surau' lobi pelepasan penumpang.

Lapangan Terbang Kansai, yang telah membina bilik solat pada tahun 2006, mengumumkan untuk membuka dua buah bilik serupa pada bulan Ogos dan musim bunga yang akan datang. 

Selain itu pengurusan Lapangan Terbang di Osaka pula telah berkerjasama dengan pihak peniaga di banggunan terminal untuk menyediakan makanan Halal bagi umat Islam selain larangan penggunaan daging babi di premis mereka.

Lapangan Terbang Haneda di Tokyo akan membuka bilik solat oleh Mac tahun hadapan depan.

Untuk rekod, beberapa buah Lapangan Terbang utama di Eropah yang menjadi destinasi pelancong muslim telah menyediakan kemudahan Surau bagi kegunaan umat Islam yang melawat ke negara-negara tersebut, ujar jurucakap Kementerian Tanah, Infrastuktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.

"Lapangan Terbang di Jepun telah mula berusaha bersungguh-sungguh dan diharap ianya akan menjadi menjadi "mesra" kepada umat Islam," kata Ken Fujita, Ketua projek di Pusat Promosi Perdagangan, Pelaburan dan Pelancongan ASEAN di Tokyo yang mana beliau turut terlibat dalam menyediakan maklumat mengenai Islam kepada pihak pengurusan lapangan terbang.

"Lebih ramai pelancong Muslim akan melawat Jepun jika usaha dan promosi ini dilakukan secara meluas di negara-negara dunia Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute