ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 8 December 2013

PERANGKAP YANG @Zahid_Hamidi PASANG UNTUK KEPALA SYIAH DALAM PAS SECARA TIDAK SEDAR

[VIDEO KLIK DISINI]

Oleh : AJ

Pengumuman Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri di Perhimpunan Agung UMNO 2013 berhubung isu Syiah adalah satu perangkap.

Ini kerana, tanpa menyebutkan dengan jelas penama berkenaan, ternyata penama berkenaan telah memberikan respon menafikan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri tersebut. Namun menariknya secara tiba-tiba wujud 'penama' berkenaan lalu memberikan respon menafikan dakwaan berkenaan. Sedangkan bila ditanya oleh Wartawan Antarapos satu ketika dahulu, dia tidak mahu memberikan apa-apa jawapan, sama ada dia seorang sunni atau syiah. 

Perlu diingatkan bahawasanya, Menteri Dalam Negeri tidak akan membuat sebarang pengumuman melainkan bukti telah cukup dan kukuh bagi melakukan tangkapan dan pendakwaan.

Berbanding pemimpin pembangkang yang lebih hebat bercakap dan membuat tuduhan di dalam Parlimen, ekoran ekslusiviti Parlimen yang mengecualikan mereka dari didakwa sekiranya tuduhan / fitnah disebut di Parlimen, Ahmad Zahid Hamidi melakukan pengumuman berkenaan di luar dan di masa perhimpunan terbesar umat Melayu.

Mungkin ramai akan bertanya, benarkah KDN sudah mempunyai bukti yang cukup bagi mensabitkan dakwaan berkenaan?



Kepada mereka, kami ingin mengatakan kepada mereka bahawa perisikan Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia. Buktinya, pada 1988 seorang perisik KGB telah ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia. Antara yang kes-kes lain seperti membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan pengganas-pengganas lain termasuk komunis yang mana jarang sekali sesebuah negara itu berjaya menghapuskan ancaman berkenaan ataupun memaksa kumpulan tersebut melakukan perjanjian damai dengan kerajaan.

Adakah kesemua ini berlaku tanpa sebarang usaha dari perisikan dan siasatan terperinci?

Penama Syiah tersebut mungkin menyangka 'Taqiyyah'nya sudah cukup cemerlang. Namun jerat tak pernah melupakan mangsa. Hatta Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini bergelar 'Ketua Pembangkang' pun 'dieekori dan disiasat' sepanjang berada di dalam kabinet, yang pada dasarnya 'orang kerajaan' inikan pula penama Syiah tersebut yang tidak bersama kerajaan.

Dan sudah pastinya Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri 'amat-amat' berbesar hati untuk menerima saman dari penama berkenaan. Kerana dengan saman berkenaan, pastilah lebih mudah urusan KDN untuk melakukan pembuktian dan pendakwaan semula kepada penama berkenaan.

Kepada penama SYIAH berkenaan. Bersiap sedialah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kepada PAS, anggaplah tindakan yang dilakukan oleh UMNO ini sebagai satu Fardhu Kifayyah untuk membantu PAS membebaskan diri dari pengaruh SYIAH dan menjadi BARUA DAP, bak kata Wakil PAS dari Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzzaman ketika Muktamar PAS Tahunan 2013 di Shah Alam.

3 comments:









  1. Jerat tidak pernah lupakan pelanduk, silap sikit sangkut....


    ReplyDelete
  2. PM...tulisan kamu byk berbentuk fantasi dr fakta...yg ni lah yg byk melemahkan org melayu & khususnye UMNO....

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute