Oleh : AJ
KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER ; Terdapat khabar-khabar angin terutama sekali dari kelompok berfahaman khawarij yang memfitnah Ustaz Dr. Fathul Bari, kononnya beliau telah memutarbelit dan menyalah tafsir ucapan dan nasihat yang disampaikan oleh Al-Imam Haramain Syeikh Dr Khalid Ali Al-Ghamdi.
Menjawab tuduhan berkenaan, CEO baru iLMUAN MALAYSIA, Ustaz Ahmad Fazrin menjelaskan bahawasanya tuduhan itu adalah satu fitnah.
"Saya bertanya terus kepada DFB (Dr. Fathul Bari) tentang perkara ini. Bahkan saya di luar Bilik Perdana PWTC semalam bersama mengiri beliau menghantar Al-Imam dan delegasinya meninggalkan PWTC. Beliau menjawab : Untuk pengetahuan sahabat2, terjemahan ana itu adalah mengikut kehendak Syaikh Khalid sendiri dan tidak ada berlaku sedikit pun penyelewengan. Jika sesiapa yg ragu, boleh rujuk Syeikh abdurrahman albulaihi, Tel: 012 352 3526."
Ustaz Fazrin menambah;
"DFB mendapat kepercayaan Syeikh Khalid untuk menterjemah kalamnya secara contextual. Betapa rendah dirinya Prof Madya Dr Khalid bin Ali al-Ghamidi ini, beliau sedar keterbatasan ilmunya tentang waqi' Malaysia. Lalu disampaikan pandangan umum untuk diterjemahkan sesuai dengan konteks negara. Kita wajar contohi kerendahan diri ulama seperti ini."
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.