@mpkotabelud TEGUR SIKAP BEKAS TIMBALAN MENTERI @saifuddinabd

Oleh : AJ

MP Kota Belud, YB Abdul Rahman Dahlan menegur sikap Saiffudin Abdullah yang dilihat tidak adil dalam mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan. Sejak dalam kabinet lagi, Saiffuddin Abdullah antara individu yang sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggahan dengan keputusan pemimpin kerajaan yang lain. Beliau juga dilihat amat 'mesra' dan menyenangi kelompok mahasiswa pro pembangkang, sedangkan kelompok itulah yang sering menimbulkan masalah di universiti, sekaligus menyebabkan mahasiswa pro kerajaan berasa 'jauh hati' dengan sikapnya itu.

Kekalahan beliau di Temerloh pada PRU13 bukanlah disebabkan faktor kekuatan PAS, sebaliknya majoriti orang Melayu dan ahli UMNO di Temerloh sendiri sudah meluat dengan sikap Saiffudin yang tidak habis-habis mempromosikan gerakan 'New Politic'nya. Sedangkan pada hakikatnya pembangkang sendiri tidak memperdulikan gerakan 'New Politic'nya itu. Penolakkan beliau dapat dilihat sekali lagi apabila orang UMNO tidak memilih beliau sebagai MT dalam UMNO pada pemilihan yang lepas.

Nasihat kami kepada Saifuddin Abdullah, bukan tidak boleh mengkritik kerajaan, namun apalah guna jika anda ada saluran secara 'direct' kepada pemerintah tetapi masih memilih beritorik di ruangan media massa agar anda kelihatan seperti orang yang 'buat kerja'. Ingatlah apa yang terjadi pada diri anda. Penolakkan demi penolakkan oleh mereka yang pernah menaikkan anda. Semoga Saifuddin boleh menjadi orang yang lebih 'wassatiyyah' dalam mengeluarkan pandangan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahaha kesian aku tengok Saifuddin Abdullah. DAhlah kalah Parlimen Temerloh, Kalah Jugak ketua bahagian. Tak de sape anak buah dan ahli2 UMNO lain nak dengar cakap dia. Ha itulah jadi macam sekarang. New Politic lah katakan.

    ReplyDelete
  2. Mgknkah....Saifuddin Abdulollah proksi Al-Jubr dlm UMNO...???? Selama ni tgk dia pun dah tau jenis berat sebelah punya....

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.