Oleh : AJ
Nampaknya puak-puak RED BEAN ARMY ni semakin hebat dalam membuat fitnah. Terbaru nama mantan VC UM, Prof Diraja Ungku Aziz sebagai mangsa terbaru mereka.
Menggunakan nama dan gambar Ungku Aziz, pembangkang mewujudkna sebuah akaun palsu yang kelihatan seolah-olah milik ahli akademik terulung negara tersebut lalu digunakan bagi menyindir Perdana Menteri dalam sajaknya.
Namun ternyata permainan fitnah mereka terbongkar apabila cucu saudara kepada Prof Diraja Ungku Aziz membuat pengakuan di FB bahawa datuk saudaranya itu tidak memiliki sebarang akaun FB. Malah dalam statusnya juga, pihak keluarganya akan mengambil tindakan yang dilihat wajar bagi membersihkan nama datuk saudaranya itu.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Rasulullah S.A.W bersabda : “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
1 Comments
MEMANG DAH AGAK INI KERJA PEMFITNAH YG MENANGGUK AIR KERUH MUSIM BANJIR...
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.