ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 7 February 2014

MARAHKAN AZMIN, KHALID PERINTAHKAN 23 PEKERJA PKNS DIPECAT SERTA MERTA?

Oleh : Beruang Biru

Seperti yang diketahui ramai, Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar pilihan DAP dan perbalahannya dengan Azmin dilihat membawa erti yang Azmin tidak disenangi oleh DAP.  Penyingkiran Azmin Ali dari PKNS sekali gus mengukuhkan persepsi bahawa DAP berada di belakang, kalau pun tidak di atas Khalid Ibrahim. 

Sumber dalaman PKNS turut memberi laporan yang konsisten dengan persepsi rakyat iaitu Azmin merupakan penghalang kepada agenda perkauman DAP di Selangor.  Maka kerana itulah, DAP telah memastikan Khalid menyingkirkan Azmin agar agenda rakus mereka dapat diteruskan. 

Bagi sesiapa yang kurang arif dengan sikap orang-orang Cina acuan DAP mungkin merasa terkejut dengan pemecatan 23 kakitangan PKNS, lanjutan dari pemecatan Azmin.  Namun, hakikatnya, apa yang berlaku ini bukanlah mengejutkan hatta cukup konsisten dengan hati perut komunis DAP yang tidak punya belas kasihan serta tidak menghiraukan soal moral dan kemanusiaan. 

DAP tidak perlukan alasan untuk memecat mereka dan tidak akan menghiraukan sebarang desakan untuk keadilan.  Malah, DAP akan meletakkan segala-galanya ke atas kepala Khalid Ibrahim untuk berhadapan dengan semua masalah ini. 

DAP adalah parti yang tidak pernah berpegang kepada nilai-nilai murni.  Buktinya, pemimpin DAP sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan parti sendiri demi kepentingan diri. Sikap DAP yang gemar membela penjenayah seharusnya telah menjelaskan siapa mereka. 

Justeru, jika Azmin juga boleh dipecat, maka apalah sangat kakitangan lain yang seramai 23 orang itu? 

Tindakan DAP menyokong Anwar bertanding di Kajang memperlihatkan permainan yang lebih ‘kasar’ selepas ini. Dengan kesungguhan Lim Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei secara berterusan selama berminggu-minggu dan ‘pesanan’ awal Rafizi mengenai keadaan darurat, maka tidak mustahil Kajang bakal dijadikan ‘medan perang’ yang jauh lebih besar dari sekadar perang Pilihanraya Kecil. 

Perlu diingatkan bahawa Anwar kini terdesak kerana kes liwatnya bakal menghampiri garis penutup. Dalam keadaan ini, Anwar merupakan satu ‘kelebihan yang berganda’ bagi DAP.  Kita tahu bahawa Anwar sanggup berbuat apa saja atau menuruti apa saja perintah dari sesiapa sahaja asalkan ia memberinya sedikit harapan untuk melepaskan diri dari kes ini. 

Maka, tidak hairanlah DAP dilihat berdiri teguh di belakang Anwar di Kajang dan sedikit pun tidak mempersoalkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh walaupun BERSIH dan PAS mempersoalkannya. 

Sokongan padu DAP terhadap Anwar pastinya bukan percuma. Ansuran pertama nampaknya telah dibayar melalui pemecatan 23 orang pekerja PKNS tadi. Bayaran ansuran seterusnya belum pasti. Namun, apa yang pasti ialah nilainya tentulah teramat tinggi di mana ia boleh jadi dalam bentuk hak pendidikan, hak pekerjaan, hak penempatan, kedudukan Islam, mahupun keseluruhan maruah dan harga diri orang-orang Melayu. 

Kesimpulannya, pemecatan 23 orang pekerja PKNS mungkin hanyalah satu permulaan kepada pengakhiran nasib orang-orang Melayu di Selangor. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute