ANWAR : DARI PERMATANG PAUH TERUS KE PENJARA KAJANG?

Oleh : Beruang Biru

Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di kerusi dewan undangan negeri Kajang terus hangat dipertikaikan penyokong pembangkang peringkat akar umbi.

Ini menunjukkan walaupun pada peringkat pimpinan atasan menyokong tindakan ketua pembangkang itu namun peringkat ahli-ahli bawahan Pas dan PKR terutamanya sukar menerima mainan politik Anwar.

Mereka menganggap Anwar yang semakin pudar popularitinya mengambil satu tindakan terdesak bagi menyelamatkan dirinya sendiri.

Kekosongan kerusi Kajang yang sengaja dikosongkan bukan untuk kepentingan pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun berjaya kembali berkuasa di Selangor dengan majoriti yang lebih mantap.

Jadi ia bukan untuk menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.

Tidak kedengaran pun ura mana-mana Adun mereka ang hendak lompat parti, jadinya kedudukan mereka selamat dan selesa buat masa sekarang.

Apa yang dilakukan oleh Anwar ialah politik alihkan perhatian daripada isu sebenar yang menjadi tumpuan rakyat iaitu pergolakan dalaman antara kumpulan Azmin Ali dan Khalid ang terus berlarutan sejak lima tahun lalu.

Kegagalan Anwar menyelesaikan perkara inilah sebenarnya yang menggugat kestabilan kerajaan negeri bukannya disebabkan faktor luaran.

Bagaimanapun Anwar dan kuncu-kuncunya membohongi rakyat Kajang khususnya dengan mereka-reka ceriat bahawa tindakan itu perlu kerana serangan UMNO dan BN untuk menjatuhkan kerajaan negeri mereka.

Kerajaan negeri mempunyai 44 kerusi Dun berbanding BN 12, oleh itu tidak ada sebab mereka berasa takut.

Mereka hanya takut bayang-bayang sendiri dan krisis ciptaan mereka sendiri.

Anwar juga berharap dengan mengalihkan punca krisis politik di Selangor kepada UMNO-BN ini dapat mengalihkan fokus rakyat daripada dirinya.

Rayuan kes liwat II yang bakal dihadapinya tidak lama lagi menjadi antara sebab utama mengapa Anwar menjadi begitu phobia untuk berdepan dengan  mangsanya, Saiful Azlan Bukhari.

Mungkinkah pihak pendakwaan sudah mempunyai bukti baru yang lebih jelas dan kukuh yang bakal menyumbat pemimpin berusia 67 tahun itu ke penjara Sg Buloh sekali lagi?

Antara kes liwat dan krisis Azmin-Khalid, kes jenayah seks songsang itu lebih merisaukan beliau.

Beliau berfikir dengan memenangi kerusi Kajang membolehkan ia menjadi menteri besar baru Selangor secara otomatik.

Jika ini menjadi perkiraan Anwar maka ini adalah silap paling besar beliau kerana integriti politik dan peribadi akan terus hancur dan tidak mungkin dapat dipulihkan selama-lamanya.

Jika menentang kuasa perlantikan sultan berhubung jawatan menteri besar maka Anwar akan dilihat sebagai tergolong dalam kumpulan bughah yang ingin melihat kejatuhan institusi beraja di negara ini.

Maka sahkanlah sesetengah pendapat sedari dulu bahawa Anwar sememangnya anti-raja dan mahu institusi itu dihapuskan.

Dalam hal ini beliau sudahpun berkerjasama dengan Dap sejak 2008 ke arah tujuan yang satu.

Lagipun Pas sudah dijinakkan sebagai keldai tunggangan yang taat kepada Anwar dan Dap jadi parti itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka.

Asalkan Dap dan Anwar menyuap pemimpin-pemimpin Pas dengan jawatan dan wang ringgit mereka akan menutup mulut serta tidak menentang sebarang agenda Dap dan Anwar.

Jadinya Kajang bukanlah agenda Anwar untuk ke Putrajaya kerana lokasi ke Putrajaya sering kali bertukar.

Kalau pada pilihan raya kecil Julai 2008, slogannya adalah 'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya', dan sebelum itu semasa pembangkang menawan Selangor, negeri itu pula menjadi titik tolak ke kerajaan pusat.

Kini garisan berlepas bertukar sekali lagi dari Selangor ke Permatang Pauh kepada Kajang pula.

Mungkin Anwar risai sekiranya agenda yang kononnya dianggap 'paling strategik' oleh pemimpin PKR sebenarnya membawanya ke destinasi di Sg Buloh sekali lagi.

Post a Comment

1 Comments

  1. ANUAR masuk sementara dipenjara kajang, sebelum terus jadi penghuni penjara sungai buloh hingga mati beragan kerana kempunan tawan puterajaya dan jawatan PM.

    SEBIJAK MANA, SECERDIK MANA, SEPANDAI MANA Anuar merancang perjalanan politik namun hanya ALLAH akan menentukan kemana akhir hayat kerjaya anuar dimuka bumi ini. AKU sebesar kuman pon tidak terkilan, manusia anuar disumbat dipenjara dunia, demikianlah kerakusan duniawi yg jadi pertaruhan anuar sampai hujung hayatnya....

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.