ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 9 February 2014

MUNGKINKAH SYIAH DAN SUNNAH DAPAT BERSATU? : MUQADDIMAH

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

الحمدُ للهِ، والصَّلاةُ والسَّلامُ على رسولِ اللهِ أما بعد:

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Allah, selawat dan salam kepada junjungan yang mulia Rasulullah S.A.W, keluarga dan seluruh sahabatnya. 

Seruan kepada taqrib (pendekatan) diantara agama Syi’ah Imamiyyah Itsna ‘Asyriyah dengan selain mereka dari kalangan Ahlusunnah, Zaidiyyah dan Ibadiyyah yang semakin kuat di kumandangkan pada tahun-tahun terakhir ini telah menarik perhatian banyak orang untuk mengkaji permasalahan ini secara ilmiah. Sohibul fadhilah, penulis besar Islam, Muhibbuddin Al Khathiib telah melakukan pengkajian melalui buku-buku utama rujukan Syi’ah yang mereka gunakan bagi mencari saranan taqrib di dalam buku-buku tersebut. Terbukti bagi beliau bahawa kemungkinan berlakunya taqrib adalah suatu hal yang mustahil. Hal ini kerana para pengasas agama Syiah tidak pernah menyeru sebarang usaha taqrib. Mereka telah menegakkan agama Syiah di atas 'tiang-tiang' yang bertentangan dengan syariat Nabi Muhammad S.A.W dan apa yang diserukan oleh para sahabat baginda S.A.W. Agama Islam sudah terang benderang lagi bercahaya. Baginda S.A.W mewariskan agama ini secara sempurna sehingga tiada orang yang boleh menyeleweng darinya melainkan orang yang benar-benar binasa.

Untuk edisi kali ini, kami akan memetik secara secara langsung dari buku-buku utama Syiah Imamiyyah Itsna ‘Asyriyah, dengan disertai nombor halaman, serta penjelasan tentang edisi penerbitannya. Diharapkan tidak ada orang yang dapat mempertikaikannya selain kami merasa keperluan untuk mempersembahkannya kepada seluruh manusia. Ini bertujuan agar orang ramai yang membaca mendapat penjelasan yang sebenar. Semoga ALLAH Subhanawatala'ala memudahkan urusan kami ini. 

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute