ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 10 February 2014

TAQRIB SYIAH - SUNNAH HANYALAH RITORIK SEMATA-MATA

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Prinsip-prinsip Dasar Ajaran Syi’ah Al Imamiyyah amat berbeza dengan Islam sekaligus menjadi penyebab bagi utama menghalang segala bentuk penyatuan atau pendekatan. Perbezaan ini dapat dilihat dengan ketara diantaranya prinsip-prinsip Islam dengan pelbagai aliran dan kelompok Syiah.

Mendekatkan pemikiran, kepercayaan, metodologi dan tekad umat Islam merupakan salah satu tujuan syariat Islam, dan termasuk salah satu sarana bagi terwujudnya kekuatan, kebangkitan dan penambah baikkan mereka. Sebagaimana hal ini merupakan kebaikan bagi setiap kelompok masyarakat dan persatuan umat Islam di setiap masa dan negara. Setiap seruan kepada pendekatan seperti ini (apabila benar-benar bersih dari pelbagai kepentingan kepentingan, dan pada perinciannya tidak ternampak keburukkan yang lebih besar dibanding kemaslahatan yang diharapkan) maka wajib hukumnya atas setiap muslim untuk memenuhinya, serta saling berganding bahu bersama seluruh komponen umat Islam bagi mewujudkannya.

Sejak akhir-akhir ini, seruan sebegini semakin ramai dibicarakan. Ianya kemudian berkembang sehingga sebagian mereka terpengaruh dengannya. Betapa kuatnya pengaruh seruan ini sehingga sampai ke Universiti Al Azhar (suatu institusi pengajian Islam paling terkenal dan terbesar yang dimiliki oleh Ahlis Sunnah, yang menisbatkan dirinya kepada empat Mazhab Fikih (iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali)). Oleh kerana Al Azharlah yang mengembangkan misi “pendekatan” tersebut dalam lingkup yang lebih luas daripada misi yang bermula sejak zaman Salahuddin Al Ayyubi hingga sekarang ini. Universiti Al Azhar keluar dari ruang lingkup tersebut kepada usaha mengenal berbagai Mazhab yang lainnya, terutama Mazhab “Syi’ah Al Imamiyyah Al Itsna ‘Asyriyah”. Dalam hal ini, Al Azhar masih berada di awal perjalanan. Oleh kerana itu, permasalahan penting ini amatlah perlu untuk dikaji, dipelajari, dan dipaparkan oleh setiap muslim yang memiliki pengetahuan tentangnya. Ianya perlu digali dari segala aspek yang berkaitan dengannya, serta segala impak dan risiko yang mungkin terjadi.

Permasalahan dalam agama amatlah rumit. Maka penyelesaiannya pun haruslah dicari dan digali dengan cara yang paling bijak, cerdas dan tepat. Amat penting, orang yang mengkajinya pun benar-benar menguasai segala aspeknya yakni menguasai ilmu agama, bersifat objektif dalam setiap pengkajian, dan kesimpulan, agar jawapan yang dikemukakan (dengan izin Allah) benar-benar membuahkan hasil yang diinginkan dan mendatangkan berbagai impak yang positif. Isu pertama yang menjadi catatan kami pada perkara ini (juga dalam setiap perkara yang berkaitan dengan berbagai pihak) ialah : salah satu faktor terkuat bagi keberhasilannya ialah adanya interaksi dari kedua belah pihak atau seluruh pihak yang berkaitan.

Mengambil contoh proses mendekatkan Ahlusunnah dengan Syi’ah. Ianya telah dicatatkan bahawa dalam merealisasikan seruan kepada pendekatan antara kedua fahaman ini, suatu institusi telah didirikanlah di Mesir, yang mana institusi atau lembaga ini diberikan dana oleh negara yang berfahaman Syiah. Negara yang berfahaman Syiah ini telah memberikan bantuan secara rasmi tersebut hanya kepada kita (ahli sunnah), sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pernah memberikan bantuan tersebut kepada bangsa dan penganut fahamannya sendiri. Mereka tidak pernah memberikan bantuan ini bagi mendirikan “Institut Penyatuan” di kota Tehran, Qom, Najaf, Jabal ‘Amil, atau di tempat-tempat lain yang mana ianya merupakan pusat pengajaran dan penyebaran fahaman Syiah[1].

Dari pelbagai pusat pengajaran dan penyebaran fahaman Syiah tersebut (pada beberapa tahun terakhir ini) didapati telah banyak buku-buku beredar dikalangan masyarakat yang boleh menjadi persoalan kepada keperluan gagasan solidariti dan pendekatan, sehingga jika kita membacanya, ianya boleh menyebabkan bulu roma kita boleh berdiri! Di antara buku-buku tersebut adalah buku (Az Zahra) dalam tiga jilid, yang diedarkan oleh ulama’ kota Najaf. Pada buku tersebut, mereka mengisahkan bahawa Amirul Mukminin Umar bin Al Khatthab radhiallahu ‘anhu ditimpa suatu penyakit yang tidak dapat disembuhkan selain dengan air mani kaum laki-laki!!? Buku tersebut diperolehi oleh Ustaz Al Basyir Al Ibrahimi, ketua ulama’ Al Jazair pada kunjungan pertamanya ke Iraq. Adakah 'penyatuan' atau 'pendekatan' ini adalah satu keperluan mendesak bagi kita (ahli sunnah) sedangkan di diri mereka masih penuh dengan kekejian menghina sahabat nabi yang mulia.

Bila perbezaan paling mendasar diantara kita dengan mereka berkisar kepada dakwaan mereka bahawa mereka lebih setia kepada Ahlul Bait (Ahlul Bait ialah kaum kerabat Nabi Muhammad ﷺ ) dibanding kita, serta anggapan bahawa mereka menyembunyikan, bahkan menampakkan kebencian dan permusuhan kepada para sahabat Rasulullah ﷺ yang di atas pundak merekalah agama Islam tertegak. Mereka berani mengucapkan perkataan kotor terhadap Amirul Mukminin Umar bin Al Khatthab radhiallahu ‘anhu. Maka dalam hal ini, sikap yang perlu diambil oleh mereka adalah mereka perlu terlebih dahulu mengurangi kebencian dan permusuhan mereka terhadap para imam generasi pertama umat Islam selain mereka seharusnya bersyukur kepada Ahlusunnah atas sikap terpuji kita yang tidak pernah lalai dari menunaikan kewajiban menghormati dan memuliakan mereka (Ahlul Bait). Namun penghormatan ini tidaklah sampai menjadikan mereka (Ahlul Bait) sebagai sembahan yang diibadahi bersama Allah, sebagaimana yang dapat kita lihat pada makam-makam ahlul bait yang berada di tengah-tengah penganut paham Syiah.

Tidak ada interaksi sekiranya wujud positif dan negatif (pro dan kontra) dalam perbincangan. Selain itu pelbagai gerak kerja dakwah tidak seharusnya hanya terfokus pada satu pihak semata-mata, sebagaimana yang terjadi sekarang ini.

Oleh itu, kami mengkritik kewujudan Intitusi Taqrib (penyatuan) yang hanya wujud dan berpusat di ibu kota negeri Ahlusunnah, iaitu Mesir, tetapi tidak diiringi kewujudannya di pusat-pusat ibukota negera Mazhab Syiah. Sedangkan di pusat penyebaran fahaman Syiah mereka begitu kuat mengajar dan memusuhi fahaman selain dari Syiah. Tetapi lain pula halnya yang berlaku di negeri Ahli Sunnah, Syiah sedaya upaya memasukkan permasalahan (Taqrib) ini sebagai mata kuliah di Universiti Al Azhar sedangkan hal yang sama tidak berlaku di Institusi Pengajian Syiah.

Cara paling sederhana dalam mengadakan pengenalan ialah dimulai dari permasalahan furu’ sebelum membahas berbagai permasalahan usul (prinsip)!. Ilmu Fikih Ahlusunnah dan Ilmu Fikih Syi’ah tidaklah bersumberkan dari dalil-dalil yang disepakati antara kedua kelompok. Syariat fikh menurut empat Imam Mazhab Ahlusunnah tegak di atas dasar-dasar yang berbeza dengan dasar-dasar syariat fikh Syiah. Jika perkara ini tidak diselesaikan terlebih dahulu, usahlah bercita-cita untuk melakukan Taqrib atau menyibukkan diri dengan berbagai permasalahan furu'. Selama tidak ada perbincangan interaktif antara kedua belah pihak dalam hal ini atau pada institusi pendidikan agama yang mereka miliki, maka tidak ada gunanya kita (ahli sunnah) mensia-siakan waktu dalam permasalahan furu’ sebelum terjadi kesepakatan dalam permasalahan usul. Yang kita maksudkan bukan hanya ilmu usul fikh, akan tetapi usul atau dasar-dasar agama kedua belah pihak dari akar permasalahannya yang paling mendasar.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Bantuan semacam ini sepanjang sejarah telah mereka lakukan berulang kali, dan berkat para ulama (rabai) yang mereka utus dengan misi inilah, selatan Iraq berubah dari negeri Sunni yang terdapat padanya minoriti Syiah menjadi negeri Syiah yang dalamnya  wujud minoriti Sunni. Pada pemerintahan Jalaluddin As Suyuthi, terdapat seorang rabai (Ulama) Syiah yang datang dari Iran ke Mesir, dan orang inilah yang diisyaratkan oleh As Suyuthi dalam kitabnya yang berjudul “Al Hawi Lil Fatawi”, Percetakan Al Muniriyyah jilid 1 Hal. 330. Disebabkan rabai (ulama) yang berasal dari Iran tersebutlah As Suyuthi menuliskan karyanya yang berjudul “Miftahul Jannah Fil I’itisham Bissunnah.”

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute