ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 15 August 2014

BAHASA MELAYU : BEZA IKEA DENGAN ALAMANDA PUTRAJAYA

IKEA Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

IKEA merupakan syarikat dari negara Sweden yang mereka bentuk dan menjual perabot sedia pasang, perkakasan dan kelengkapan rumah. Syarikat yang sangat terkenal ini memiliki 332 buah gedung di 38 buah negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, IKEA terletak di penempatan yang paling terkenal di pinggir Kuala Lumpur, iaitu Bandar Utama, Petaling Jaya. Gedung ini sentiasa sesak dengan pembeli dan pengunjung seolah-olah terdapat jualan murah sepanjang tahun.

Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi gedung ini mungkin tidak menyedari sesuatu pada persekitarannya yang menarik perhatian penulis kerana mereka sibuk melihat deretan barangan yang cantik dan unik atau membelek-belek harganya. Percayakah anda jika penulis katakan bahawa gedung IKEA memartabatkan bahasa Melayu?

Tentu anda tidak akan percaya jika makalah ini tidak menyertakan foto sebagai bukti. Perhatikan betul-betul foto-foto berkenaan. Teks bahasa Melayunya sangat menonjol berbanding dengan teks bahasa Inggeris. Hal ini berbeza dengan sesetengah gedung yang mengecilkan teks bahasa Melayu atau meniadakannya langsung.
semua

Penulis cuba ‘menyemak’ ejaan atau tata bahasa pada ungkapan-ungkapan berkenaan, dan ternyata markah yang layak diberi adalah 95/100.

Kita tentu tertanya-tanya apakah yang mendorong gedung berkenaan memartabatkan bahasa Melayu padahal gedung berkenaan berasal dari negara Eropah?

Gedung berkenaan sebenarnya menongkah arus kerana sekelilingnya dipenuhi pelbagai gedung yang mengagungkan bahasa Inggeris walaupun pemiliknya orang Malaysia. Contohnya kompleks beli-belah 1 Utama tidak disebut “satu utama” sebaliknya “one utama”.

Tindakan IKEA sewajarnya dipuji kerana menghormati bahasa kebangsaan lebih daripada yang dilakukan oleh bangsa Malaysia sendiri. Pelanggan tidak menjauhi IKEA hanya kerana gedung berkenaan menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya terus bersesak-sesak sepanjang masa. Gedung-gedung yang lain, bagaimana?
Papan tanda yang asalnya menonjol dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi sebaliknya.

Alamanda Meminggirkan Bahasa Kebangsaan?

ALAMANDA merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang terdapat di Putrajaya yang menjadi tumpuan para pelancong dan warga Putrajaya. Tatkala kaki hendak melangkah masuk, mata terpaku pada papan tanda yang membayangkan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa Inggeris. Sepatutnya ungkapan bahasa Inggeris lebih kecil daripada ungkapan dalam bahasa Melayu atau ditiadakan langsung!
Pintu masuk pusat beli-belah Alamanda menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu sama taraf dengan bahasa Inggeris.

Apa yang terlihat di luar begitulah yang di dalamnya. Kebanyakan penunjuk arah dan papan kenyataan di dalam bangunan setinggi dua tingkat ini mengutamakan bahasa Inggeris sebaliknya  meminggirkan  bahasa Melayu.
 
Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya pada papan kenyataan.

Bagaimana pusat beli-belah yang terletak di pusat pentadbiran negara tidak mengutamakan bahasa kebangsaan sebaliknya mengagung-agungkan bahasa asing? Adakah penduduk Putrajaya dan sekitar majoritinya warganegara asing atau berkomunikasi dalam bahasa asing?
Di manakah sifat bertanggungjawab pihak pengurusan Alamanda dalam memartabatkan bahasa kebangsaan?
Bahasa Inggeris digunakan sewenang-wenangnya bagi menyampaikan maklumat tanpa menghiraukan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Sebagai salah satu mercu tanda pusat pentadbiran negara, sepatutnya Alamanda mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan supaya menjadi contoh kepada pemilik pusat beli-belah yang lain.

Sumber : http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=5978 & http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=5355

3 comments:

  1. target market study....... i believe that is the reason..... bosan2 ni let me explain the purposes of using english or bahasa malaysia....... if they want the general market which consist of citizens, tourist and travellers..... they will use english..... but then if they wanted to target the citizen only..... they will use the official language..... look at the ikea all around the world most of them are in the country official language....

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute