ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 20 October 2014

ANJING UNTUK KESELAMATAN, BERBURU, BUKAN DIBELAI - DR. FATHUL BARI

PETALING JAYA: Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan. 

Pendakwah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat haiwan itu ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan. 

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. 

"Bagaimanapun, umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkan oleh syariat," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kempen 'I Want To Touch A Dog' yang diadakan di Central Park One Utama pada Ahad. 

Acara yang mendapat sambutan ramai itu bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka kepada anjing. 

Fathul Bari menambah, walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Want To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

"Saya bukan anti anjing, tapi saya cuba sampaikan perspektif syariat dalam isu ini. 

"Misalnya, saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta yang memberi rawatan percuma ke atas anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera dan perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing," katanya yang juga merupakan Pengerusi Exco Pemuda IPT. 

Beliau juga mempersoalkan kenapa perlu diadakan kempen menyentuh, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. 

Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah. 

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.  

Sumber : MStar

10 comments:

  1. Nurul izzah tu boddo mcm bapak dia jugakk...

    Bapak dia cari jubo bdak jantan...

    Nurul izzah cari jubo anjing utk buktikan kebodohan....

    Mana x tumpahnya kuah....

    ReplyDelete
  2. Aku harap kau bukan org islam...org islam bukan begini caranya bercakap....kempen sentuh anjing tu bukan nurul izzah yg buat...lenkali tulis gunakan otak jgn ikutkan hati sgt nak menyumpah seranah org lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kempem pegang babi pula ya. Islam bukan agama penderaan binatang. Hebatt proksi dajjal masukkan jarum. Kalau dajjal berjaya kelirukan islam dan melayu. Apalah sangat dgn pegang anjing. Inilah berkat tahaluf siasi pas yg bagi platform supaya dajjal sesatkan umat islam.

      Delete
  3. Betul bukan dia (nurul izzah) buat...tp dia tolong kempem seperti yg terdapat dlm tweet beliau...nampak sangat hang nak backup nurul...

    ReplyDelete
  4. Setuju penulisan tun faisal, yg bela anjing ni kita tak pasti cara hidup dia sebagai melayu islam. Kalu bab aqidah, bab lgbt, bab liberal agama, bab plural agama serta amalan islam yg diamalkan boleh tunggang langgang, setakat bela anjing no prob.

    ReplyDelete
  5. Manusia manusia liberal, kononnya Islam, dah terlampau pandai dan alim, tafsir agama ikut suka sendiri, mmg sesat.

    ReplyDelete
  6. Lepas kempen pesta arak. Maka pas di selangor bersekongkol pula anjurkan pegang anjing. Aku nak tanya cacai2 pas...KERAJAAN MANA YG PERINTAH SELANGOR???

    kg sagil

    ReplyDelete
  7. Belai belai, peluk anjing, anjing dijadikan pet ni agama apa ?

    ReplyDelete
  8. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute