MENGKAFIRKAN PENGANJUR "I WANT TO TOUCH A DOG" ADALAH PERBUATAN MELAMPAU

Oleh : AJ

Ini adalah satu tuduhan yang amat berat!

Menuduh atau mendakwa individu yang menjadi penganjur kepada program sentuh Anjing adalah seorang kristian, pada pandangan penulis, ianya adalah satu tuduhan melulu dan keterlaluan.

Sekalipun kita tidak bersetuju dengan kaedah perlaksanaan program yang dilakukan olehnya, yang dilihat tidak sesuai dan bertepatan dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah serta sosiobudaya masyarakat Melayu di Malaysia, namun tindakan pihak-pihak tertentu menghukum atau menuduh individu berkenaan sebagai seorang bukan Islam juga merupakan tindakan yang tidak bertepatan dengan syariat Islam

Memetik artikel yang ditulis oleh Ustaz Idris Sulaiman, beliau menyatakan;

"Sifat Iman dan takwa sewajarnya membuatkan seorang individu Muslim itu tidak terburu-buru di dalam masalah mengkafirkan individu Muslim yang lain."

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:


 أَيَّمَا رَجُلٍ قَالَ لأخِيهِ : يا كَافِر، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدَهُمَا إنْ كَانَ كَمَا قَالَ ، وَإلا رَجَعَتْ عَلَيْهِ 

“Barangsiapa berkata kepada saudaranya ‘Wahai kafir’, maka pengkafiran itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ungkapan itu benar atau ia akan kembali kepadanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Beliau menambah;

"Implikasinya terhadap yang menuduh, sekiranya tuduhannya  tidak benar; tuduhan kafir itu akan terpantul semula kepadanya."

Baca seterusnya disini : BAHAYA MENGKAFIRKAN SESAMA UMAT ISLAM

Post a Comment

7 Comments

  1. Aku baru baca artikal nik aziz kata org ni tak dak otak malah otak penuh ulat.........kikikikki......

    ReplyDelete
  2. Jgn melampau, jgn jadi khawarij, yg salah tu mmg salah tp jgn melampau.
    Jgn menuduh dgn sekedar syak atau dzan, kecualilah jika mmg jelas dan pasti seseorg itu mengistiharkan diri murtad keluar dr Islam, atau jelas dan pasti dia menyembah kpd selain Allah swt, atau jelas dan pasti dia melakukan perkara yg menyebabkan dia terkeluar dr Islam secara jelas yg tiada khilaf ulama' pdnya.

    ReplyDelete
  3. hadis tu salah tafsirannya tu..janganlah kamu mengatakan "wahai kafir" kepada saudaramu..jika ia tidak benar maka kafir akan kembali kepadamu..
    hati-hati penyelewengan hadist.
    bila kena kat batang hidung cepat je cari bahan nak cover..pengertian hadis pun diputar belit.
    kalau kita kaji secara mendalam..org yg memperlecehkan hukum tuhan juga dianggap sebagai kafir dan terkeluar dari Islam sama ada dia sedar atau tidak

    ReplyDelete
  4. Mengkafir seseorang muslim kerana menyentuh anjing secara sengaja,adalah perbuatan BANGANG.

    ReplyDelete
  5. Ust ni x student madrasah di Afrika Selatan? Adakah dia ni karkoon (ahli jemaah Tabligh) ?

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.