ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 8 November 2014

PEGUAM ANWAR TAK JAWAB MACAM MANA AIR MANI ANWAR BOLEH ADA DALAM DUBUR SAIFUL - SHAFEE ABDULLAH



PUTRAJAYA 6 Nov - Ketua Pendakwaraya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah menyangkal dakwaan peguam Ram Karpal Singh yang mempersoalkan hasil siasatan DNA diatas perbuatan liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan.

Shafee berkata, liwat ke atas Saiful merupakan serangan seksual oleh Anwar dan bukti sokongan terhadap insiden tersebut akan diterangkan di mahkamah.

"Saiful kata, beliau diliwat. Oleh sebab ini merupakan satu kes seksual atau gangguan seks, dan mahkamah hendak melihat sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongan disini ialah Saiful kata bukan sahaja beliau dilihat malah pancutan air mani dalam duburnya, dan kita menjumpai air mani didalam duburnya dan itu merupakan sokongan yang amat penting sekali, " katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini

Tambah beliau lagi, apabila bukti dan sokongan yang telah diberikan oleh pihak pendakwaan perkara tersebut langsung tidak dijawab oleh pihak pembelaan ketika prosiding berlangsung.

"Ianya langsung tidak jawab oleh mereka.

"Soalannya bagaimana kita perolehi air mani dalam dubur sebab Saiful kata pancutan air mani dalam dubur beliau. Jadi apa lagi hendak diceritakan kerana ialah merupakan satu keterengan," katanya lagi.

Prosiding diputuskan bersambung jam 3 petang esok dengan hujahan dari pihak pembelaan.

Berikut adalah perkembangan terkini perbicaraan kes : -

9.32 pagi : Sebelum sesi hujah balas pembelaan bermula, Shafee terlebih dahulu bangun dan mendedahkan tentang laporan beberapa portal berita yang memberi laporan yang tidak adil.

9.45 pagi : Hakim memberi indikasi meneruskan prosiding. Peguam pembela Ramkarpal berhujah tentang bahan bukti yang tercemar dan pengendalian proses uji kaji sampel yang diragui ketepatan hasilnya.

10.00 pagi : Ramkarpal dan hakim Tun Arifin Zakaria berbalas-balas soalan dan jawapan tentang perincian teknikal dan saintifik yang ditekankan pihak pembelaan.

10.20 pagi : Ramkarpal memetik testimoni pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dengan menyatakan bahawa proses uji kaji spesimen bahan bukti boleh diragui. Antara lain yang dibahaskan adalah bahan bukti sperma dan tiga barang yang diambil dari lokap tahanan.

10.30 pagi : Ramkarpal menafikan dakwaan pihak pendakwa yang menyatakan kemungkinan jejak DNA lelaki misteri selain Lelaki-Y adalah daripada Dr Osman yang memeriksa Saiful.

10.45 pagi : Isu degradasi dan sampel unggul khususnya merujuk pada bahan bukti sperma dihujahkan semula oleh Ramkarpal. Menurutnya, testimoni pakar kimia Dr Seah yang memproses bahan bukti DNA daripada dubur Saiful boleh dipertikai.

11.00 pagi : Ramkarpal menekankan, faktor degradasi memain peranan penting dalam melayakkan sesuatu bukti.

11.15 pagi : Prosiding berehat sebentar. Ditangguh ke pukul 11.30 pagi.

11.45 pagi : Sesi prosiding masih belum disambung semula. Anwar ambil peluang untuk bersama ahli keluarga, selain berbincang dengan para peguamnya.

11.50 pagi : Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat memasuki kamar mahkamah dan duduk di galeri awam.

11.55 pagi : Panel hakim tiba di kamar mahkamah dan prosiding disambung semula.

Ramkarpal meneruskan hujah dengan menegaskan bahawa adalah menjadi beban pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah.

12.00 tengah hari : Ramkarpal berhujah tentang ketidakpastian berlaku penembusan pada dubur Saiful kerana tiada kesan fizikal ditunjukkan.

Peguam itu juga bercakap tentang kemungkinan sampel air mani yang telah diusik dan boleh diragui kelayakannya menjadi bahan bukti.

Selain itu, tempoh 56 jam sperma itu berada dalam dubur Saiful turut dibangkitkan dan ia, menurut Ramkarpal, boleh menjejaskan hasil uji kaji kerana kemerosotan sifat.

12.20 tengah hari : Ramkarpal menekankan bahawa perlakuan liwat  ke atas Saiful tidak berlaku. Dia mempersoalkan tentang dakwaan berlakunya penembusan (penetrasi) sedangkan tiada kenyataan jelas daripada doktor pemeriksa tentang kesan fizikal kemasukan 'objek' pada dubur Saiful.

12.40 tengah hari : Ramkarpal menyentuh soal latar belakang pakar kimia yang terlibat dalam kes itu, dan mempertahankan kredibiliti pakar kimia luar negara Dr Brian Lealie McDonald.

Selain itu menurutnya, Dr Brian tidak pernah mempertikai prosedur uji kaji yang dijalankan Dr Seah dan Dr Nor Aidora tetapi kurang bersetuju dengan hasil uji kaji DNA tersebut.

12.50 tengah hari : Ramkarpal berhujah ada sebab untuk mencurigai Supt. Jude Pereira kerana pernah didapati 'berbohong' dalam sebuah prosiding lain.

Selain itu Ramkarpal berkata bahawa siasatan terhadap Anwar tidak dijalankan dengan baik.

Ramkarpal sekali lagi menekankan bahawa perlakuan liwat tidak mungkin berlaku atas sebab Anwar pernah mengalami masalah sakit belakang.

1.00 petang : Ramkarpal berhujah terdapat sampel daripada Saiful yang menunjukkan degradasi tapi pada sampel lain ia menunjukkan perbezaan.

Ramkarpal mengulangi bahawa atas kepelbagaian keraguan, pendakwaan ke atas Anwar perlu digugurkan.

1.10 petang : Prosiding direhatkan seketika dan disambung semula selepas waktu makan tengah hari.

2.30 petang : Prosiding disambung dengan peguam Sangeet Deo Kaur memulakan hujahnya.

Sangeet memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak membuktikan DNA yang ditemui pada Saiful adalah milik Anwar sebaliknya hanya dinamakan Lelaki-Y.

Jika betulpun DNA itu milik Anwar, ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira.

2.40 petang: Sangeet menimbulkan keraguan tentang penggunaan berus gigi, tuala dan botol air yang digunakan dalam lokap tahanan sebagai bahan bukti.

3.20 petang : Peguam Gobind Singh Deo menyambung hujah pihak pembelaan dengan menyentuh soal kaitan Lelaki-Y dengan Anwar.

3.25 petang : Gobind menangkis hujah yang mengatakan kaitan itu perlu diterima kerana Anwar satu-satunya yang menghuni lokap tersebut, namun dia menimbulkan keraguan dengan menyebut tentang pihak yang mempunyai akses terus ke sel tahanan itu.

3.45 petang : Gobind mendesak mahkamah supaya menolak bahan bukti yang diambil dari lokap seterusnya mengatakan bahawa pihak pendakwa tidak dapat membuktikan DNA Lelaki-Y ialah Anwar, lebih-lebih lagi dengan kewujudan DNA orang ketiga.

4.05 petang : Gobind mengakhiri hujahnya dan disambung oleh Gopal Sri Ram.

4.45 petang : Gopal memberitahu mahkamah dengan memetik testimoni rakan Saiful di universiti. Dalam testimoni itu. Saiful sebenarnya bukanlah pemuja Anwar, sebaliknya pernah menggelarkan Anwar sebagai 'pemimpin munafik'.

Menurut Gopal, rakan Saiful itu terkejut apabila mendapat tahu dia bekerja dengan Anwar kemudiannya.

4.50 petang : Gopal menggelar Saiful sebagai 'budak yang penuh muslihat' dan 'bukan lelaki biasa'. Gopal malah menggemparkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Saiful menggunakan skil memikat agar pihak pendakwa mempercayai ceritanya.

5.30 petang : Prosiding direhatkan sebentar dan dijangka akan disambung sehingga lewat petang.

Gopal belum menghabiskan hujahnya yang banyak menyerang kredibiliti Saiful. Shafee dijangka akan membuat hujah balas dan Gopal meminta peluang untuk membuat penghujahan selepas Shafee.

Hadirin di kamar mahkamah mula mencongak sesama sendiri tentang prosiding ini yang bakal berlanjutan ke waktu Maghrib.

6.00 petang : Prosiding disambung semula dan Gopal meneruskan hujah.

6.20 petang : Gopal menekankan hujah dengan memetik beberapa kes lain, bahawa beban pertuduhan itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikannya.

Gopal memberitahu bahawa Anwar telahpun mempunyai pembelaan alibi dan juga menafikan dirinya terlibat dalam perlakuan liwat.

6.50 petang : Gopal berkata, adalah tanggungjawabnya untuk mempertahankan kredibiliti Dr Osman yang diserang pihak pendakwa. Ini kerana Dr Osman tidak ada di mahkamah untuk membela dirinya.

7.00 malam : Sidang ditangguh ke jam 3 petang esok (7 Nov). Gopal akan menghabiskan lagi sedikit hujahannya.

Sumber : Rakyat News

2 comments:

  1. Macamana airmani anwar lehh ada dlm lobang jubo sepul tu persoalan utama yg peguam anwar kene jawab. Macamana? Bagaimana? Kalau ada konspirasi macamana nak kaitkan?

    Tapi malangnya peguam anwar hanya mau cari isu teknikal dan create doubt/keraguan. Ada kesan air mani atas tikar, spender, dna di luar jubur saiful, kreadibiliti saiful. Semua tu dah dijawab pada mahkamah rayuan. Tiada isu baru.

    Anwar sepatutnya dah bersedia utk duduk kurang2 20thn dlm penjara. Slamat jalan peliwat tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos

      Delete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute